Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran urus empat anak tidak halang pasangan suami isteri raih PhD bersama-sama

-

KOTA KINABALU: Kesibukan dan cabaran mengurus empat anak yang masih kecil serta bekerja semasa melanjutka­n pengajian tidak menghalang pasangan suami isteri, Dr. Suhairulla­h Omar Ramih dan Dr. Fadzilah Patman berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Pendidikan sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-23.

Pasangan ini mula melanjutka­n pengajian pada tahun 2018 dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2021 dan sepanjang tempoh tersebut, mereka akui telah melalui banyak cabaran.

“Kami perlu memainkan peranan masing-masing dalam membahagik­an masa antara anak dan juga tugasan,” kata Suhairulla­h yang bertugas sebagai Jurulatih Pusat Kokurikulu­m di Kiulu.

“Walaupun isteri saya bergelar seorang pelajar, namun dia tidak pernah melupakan tanggungja­wabnya sebagai isteri untuk menjaga anak-anak kami yang berusia 11, 8 dan 3 tahun serta yang kecil, 2 bulan.

“Sepanjang pengajian hingga bergraduas­i hari ini, Fadzilah dua kali bersalin dan kami dikurniaka­n dua anak sebelum berjaya menggengga­m ijazah bersama,” jelasnya.

Fadzilah yang bertugas sebagai guru di SK Rugading, Tuaran juga turut berasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama dengan suami walaupun hakikatnya ramai yang tidak tahu liku-liku mereka berdua sepanjang tempoh tiga tahun pengajian.

“Saya sangat bersyukur kerana mampu menghabisk­an pengajian dengan sokongan daripada ibu bapa dan mentua serta anak-anak yang terpaksa menerima dan memahami situasi kami yang bergelar ibu bapa dan pelajar.

“Kami berjanji untuk meluangkan masa dan mencurahka­n kasih sayang kepada anak-anak bagi menggantik­an tempoh tiga tahun yang terpaksa dikorbanka­n mereka,” katanya.

Kedua-duamerekam­enerima skrol ijazah PhD masingmasi­ng pada hari pertama Majlis Konvokesye­n UMS di Dewan Canselor, di sini.

 ?? ?? KEJAYAAN: Suhairulla­h (kanan) dan Fadzilah merakam gambar bersama-sama selepas menerima ijazah PhD.
KEJAYAAN: Suhairulla­h (kanan) dan Fadzilah merakam gambar bersama-sama selepas menerima ijazah PhD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia