Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP kompaun premis gagal letak tanda harga minuman tin

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA MARUDU: Tindakan sebuah premis yang gagal meletakkan harga pada barang jualan membawa padah selepas dikompaun oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata premis terbabit didapati gagal meletakkan tanda harga terhadap minuman tin pelbagai jenis yang dijual dalam premis berkenaan.

Katanya, premis terbabit dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM300 mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Bercakap lanjut, Georgie berkata tindakan itu dilaksanak­an semasa sepasukan Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Cawangan Kudat menjalanka­n pemeriksaa­n pematuhan Penetapan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam serta pemeriksaa­n harga dan bekalan keperluan asas di sekitar Kota Marudu semalam.

“Hasil pemeriksaa­n lain mendapati peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuas­akan oleh KPDNHEP khasnya penandaan harga yang jelas serta alat timbang dan sukat yang digunakan juga ditentusah­kan untuk tujuan kegunaan perdaganga­n,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga berjaya mengeluark­an 36 Kenyataan Pemeriksaa­n Premis di premis yang diperiksa di sini.

Dalam pada itu, KPDNHEP juga mengingatk­an semua peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

“Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP akan terus melaksanak­an pemantauan dan pemeriksaa­an bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada elemen pencatutan dalam pasaran.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan penyaluran aduan, orang ramai khususnya rakyat Sabah boleh buat ke talian WhatsApp di 019 279 4317, aplikasi ezAdu atau melalui e-mel ke aduan@kpdnhep.gov.my,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Pasukan penguat kuasa KPDNHEP menjalanka­n pemeriksaa­n di salah sebuah premis di sini.
PERIKSA: Pasukan penguat kuasa KPDNHEP menjalanka­n pemeriksaa­n di salah sebuah premis di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia