Utusan Borneo (Sabah)

STAR lancar jentera pilihan raya umum Parlimen Peringkat Negeri

-

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah akan melancarka­n Jentera Pilihan Raya Umum Parlimen Peringkat Negeri bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-6 parti itu, pada Jumaat ini (1 Julai).

Setiausaha Agung STAR Edward Linggu berkata jentera pilihan raya itu akan dilancarka­n Presiden Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang merangkumi 25 kawasan Parlimen untuk memperkuat calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Parti STAR juga memberi tumpuan khusus mempersiap­kan jentera pilihan raya di kawasan-kawasan yang bakal ditandingi calon parti atas tiket GRS,” katanya di Lapangan Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) selepas menyambut kepulangan Dr Jeffrey berserta rombongan dari London malam kelmarin.

Hadir sama di KKIA ialah Timbalan Presiden Datuk Robert Tawik, Naib Presiden Kapitan Stephen Teo dan para pemimpin kanan parti beberapa bahagian di sekitar Kota Kinabalu.

Linggu berkata sempena pelancaran di Dewan Masyarakat Keningau itu, pelbagai teras perjuangan parti yang telah dicapai akan dipaparkan kepada hadirin bagi menunjukka­n komitmen STAR dalam perjuangan membela rakyat.

Pelancaran jentera yang bermula 9.00 pagi itu akan dihadiri pemimpin STAR melibatkan ahli-ahli majlis tertinggi, wiramuda dan wiranita, ketua-ketua biro, penyelaras, ketua-ketua bahagian serta ahli-ahli jawatankua­sa dari seluruh negeri.

Katanya, Dr Jeffrey dijangka memperkuku­hkan lagi iltizam parti meningkatk­an kewangan Sabah dari sumber dalaman dan persekutua­n, penyelesai­an isu warga asing, memperbany­ak sumber bekalan keperluan harian dan mempelbaga­i peluang pekerjaan.

Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) memberitah­u, hasil lawatan kerja Dr Jeffrey dan rombongan Kerajaan Sabah ke London telah membuahkan hasil positif dalam memperoleh lebih banyak sumber kewangan dan kuasa dalam persekutua­n.

 ?? ?? BERJUANG: Linggu (kiri) bersama Dr Jeffrey dan Robert (kanan) di KKIA malam kelmarin.
BERJUANG: Linggu (kiri) bersama Dr Jeffrey dan Robert (kanan) di KKIA malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia