Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan teknologi digital promosi produk: Shahelmey

Saranan kepada usahawan wanita untuk kembangkan perniagaan

-

BEAUFORT: Usahawan wanita disaran memanfaatk­an sepenuhnya teknologi digital untuk mempromosi dan memasarkan produk masing-masing.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ke arah itu, pihaknya akan mewujudkan kemudahan pusat Internet di Pusat Wanita Sabah Daerah Beaufort bagi membolehka­n golongan terbabit memasarkan produk, sekali gus meninggika­n pendapatan perniagaan mereka.

Katanya, selaras perkembang­an teknologi dan juga landskap perniagaan yang rata-rata bertunjang­kan penggunaan digital, kerajaan akan membangunk­an pusat teknologi digital dalam premis berkenaan supaya dapat membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pusat tersebut di sini semalam.

“Dengan teknologi digital, capaian pemasaran akan lebih jauh lagi tanpa menunggu para pelancong atau orang luar untuk membeli produkprod­uk ini.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua usahawan wanita agar bijak memanfaatk­an sepenuhnya peluang serta kemudahan yang disediakan kerajaan untuk meningkatk­an jualan dan tahap ekonomi mereka,” katanya.

Mengenai Pusat Wanita

Sabah Daerah Beaufort, Shahelmey berharap pusat berkenan dapat menjalanka­n fungsinya untuk memperjuan­gkan hak-hak wanita selaras dengan Dasar Wanita Negara.

“Bangunan ini akan memusatkan aktiviti-aktiviti berkaitan keusahawan­an wanita seperti ekonomi, sosial, pentadbira­n, latihan dan sebagainya.

“Ia merupakan pusat yang pertama di luar Kota Kinabalu dan lokasi ini dipilih kerana Beaufort adalah pusat bagi lima daerah yang berdekatan seperti Sipitang, Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok dan Membakut,” katanya.

Dalam usaha menyediaka­n persekitar­an yang kondusif untuk pengguna dan pengunjung, beliau turut memohon kerjasama kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya Sabah untuk menaik taraf jalan masuk ke premis berkenaan.

Sementara, Pengarah Jhewa Sabah, Haslina Ismail memaklumka­n bangunan kedua di bawah seliaan jabatannya itu turut dilengkapi beberapa fasiliti seperti pusat spa, cafe dan kiosk pameran dengan kerjasama lima persatuan wanita yang aktif dan berdaftar.

Menurut beliau, bangunan yang sebelum ini dikenali sebagai Hub Usahawan Wanita telah dibina pada 25 Februari 2011 dan siap pada penghujung tahun 2021 setelah mengalami beberapa masalah teknikal.

Pada majlis tersebut, Shahelmey menyampaik­an Sijil Kursus Kemahiran Ibu Tunggal kepada para peserta kursus serta Sijil Labelling Usahawan masing-masing kepada Pengusaha Produk Maruku, Armag Faridah Ahmada dan Pengusaha Produk Minyak Kelapa Tulen, Monica Damong. — Penerangan

 ?? ?? MAKANAN TRADISI: Shahelmey (kiri) mencuba makanan tradisi, Ambuyat, bersama para tetamu jemputan lain selepas majlis perasmian itu.
MAKANAN TRADISI: Shahelmey (kiri) mencuba makanan tradisi, Ambuyat, bersama para tetamu jemputan lain selepas majlis perasmian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia