Utusan Borneo (Sabah)

Joachim bawa masuk pelaburan berbilion ringgit, naikkan imej GRS-BN, PBS

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah (MID) berjaya membawa masuk pelaburan bernilai RM6.2 bilion sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) mentadbir negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Yubidi Gumpoyo berkata pencapaian itu adalah antara usaha yang berjaya direalisas­ikan dengan kepemimpin­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam selaku Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian.

“Antara projek itu termasukla­h pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat pelabur dari Korea Selatan, SK Nexilis yang melabur sebanyak RM4.2 bilion.

“Beliau juga membawa masuk projek pembuatan kaca solar oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd yang melibatkan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kesemua projek inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) ini adalah hasil usahanya dan beliau memastikan agar ia dilaksanak­an dengan baik supaya impaknya dapat dinikmati oleh negeri dan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Kejayaan membawa masuk projek berimpak tinggi ini bukan sahaja menaikkan imej Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah–

Barisan Nasional (GRS-BN) dan pelan pembanguna­n Hala Tuju SMJ tetapi juga melonjakka­n imej Parti Bersatu Sabah (PBS) selaku salah sebuah parti yang membentuk Kerajaan Negeri yang ada sekarang.

“Ini membuktika­n Joachim sebenarnya seorang pemimpin yang berwibawa dan berkeboleh­an tinggi sama ada sebagai seorang Ahli Kabinet Negeri Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mahupun selaku pemimpin kanan PBS,” katanya.

Beliau berkata kritikan dan tohmahan yang di lemparkan kepada Naib Presiden PBS itu adalah berniat jahat dengan tujuan mencemarka­n imej beliau.

“Ia satu propaganda berat sebelah dan cuba menjatuhka­n imej Dr Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian, wakil rakyat dan pemimpin kanan PBS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengulas satu portal berita nasional berkenaan pertanding­an satu lawan satu antara Joachim yang juga

Naib Presiden PBS dan Setiausaha Agung parti Datuk Joniston Bangkuai dalam pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden parti minggu ini.

Katanya, kewibawaan Joachim selaku wakil rakyat juga sepatutnya tidak dipersoalk­an kerana kepercayaa­n diberikan rakyat Kundasang kepadanya selama 18 tahun adalah bukti beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan disebabkan itu rakyat di kawasannya mahukan beliau terus memimpin mereka.

“Lainlah kalau Dr Joachim ini baharu sahaja satu dua penggal sebagai wakil rakyat,” katanya.

Beliau bagaimanap­un mengakui Joachim bukanlah seorang pemimpin yang suka bercakap banyak berikutan sifatnya yang kuat bekerja dan kurang bercakap.

“Dr. Joachim ini seperti diam-diam ubi berisi, dan isinya dinikmati oleh semua rakyat di negeri ini.

“Sifat ini selaras dengan apa yang dikehendak­i oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang mahukan semua pihak termasuk pemimpin untuk kuat bekerja dan kurangkan berpolitik,” katanya.

Joachim menyertai PBS melalui kumpulan profesiona­l pada tahun 2002 dan jawatan Naib Presiden yang disandangn­ya hingga kini dimenangi semasa pemilihan parti dahulu di mana beliau mendapat undi yang paling banyak ketika itu.

Katanya PBS ialah sebuah parti yang mengutamak­an kerjasama dalam kumpulan (team work) dan bukan hanya mengenai personalit­i seorang individu.

 ?? ?? JOACHIM
JOACHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia