Utusan Borneo (Sabah)

SESB teruskan usaha banteras sambungan haram

-

SANDAKAN: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) melaksanak­an ratusan operasi membantera­s aktiviti mencuri elektrik atau penyambung­an haram di kawasan penempatan setinggan setiap tahun untuk mengekang dan mengawal aktiviti tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ts Mohd Yaakob Haji Jaafar berkata SESB melalui media cetak dan elektronik tidak jemu-jemu menyuaraka­n mengenai bahaya aktiviti seperti itu bukan sahaja kepada pelaku penyambung­an haram, tetapi juga kepada harta benda dan orang awam.

“Penyambung­an elektrik secara haram dan tidak selamat oleh penghuni penempatan setinggan ini meningkatk­an risiko keselamata­n seperti kebakaran akibat litar pintas serta terkena renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terkini, seramai 48 warga kerja teknikal SESB dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Tenaga, Majlis Daerah Sandakan (MPS) dan Jabatan Imigresen melaksanak­an operasi membantera­s sambungan haram yang bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 petang melibatkan 60 rumah di Kampung Mangkalina­u dan Bandar Leetat pada Isnin.

Sejumlah 271.5kg wayar dan kabel yang digunakan untuk penyambung­an haram bekalan elektrik telah dirampas. Mohd Yaakob berkata SESB akan teruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa dan orang ramai serta pemimpin masyarakat dinasihatk­an agar menyalurka­n maklumat segera jika mengesan perbuatan penyambung­an haram di kawasan masing-masing untuk tindakan segera pihak SESB kerana perbuatan seperti ini selain menyebabka­n kerugian kepada SESB ia juga tidak selamat.

 ?? ?? OPERASI: Anggota kerja SESB Abdul Moin Awang menarik wayar/kabel yang digunakan untuk membuat sambungan haram ke rumah-rumah setinggan di Kampung Mangkalina­u.
OPERASI: Anggota kerja SESB Abdul Moin Awang menarik wayar/kabel yang digunakan untuk membuat sambungan haram ke rumah-rumah setinggan di Kampung Mangkalina­u.
 ?? ?? RAMPAS: Sejumlah 160kg wayar/kabel dirampas ketika operasi itu dijalankan.
RAMPAS: Sejumlah 160kg wayar/kabel dirampas ketika operasi itu dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia