Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa diseru terus beri sokongan dan kerjasama kepada SMK Labuan

-

LABUAN: SMK Labuan telah berjaya melaksanak­an Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-24 dalam suasana harmoni dan sepakat pada Sabtu lalu.

Mesyuarat agung yang dihadiri oleh seramai lebih 300 ibu bapa dan guru telah diadakan di Dewan Mutiara SMK Labuan.

Yang Dipertua (YDP) PIBG, Haji Yusof Haji Chuchu, berkata mesyuarat kali ini melibatkan pemilihan ahli jawatankua­sa baharu bagi mewakili ibu bapa dalam PIBG.

“Selain itu, mesyuarat ini juga akan menetapkan kadar sumbangan keluarga bagi murid-murid yang bersekolah di sini bagi membolehka­n PIBG membantu pihak sekolah dalam apa jua aktiviti,” katanya.

Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar ibu bapa terus memberi sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan agenda pendidikan negara.

“Disiplin tinggi seperti menepati masa dan akur peraturan sekolah perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka membesar menjadi insan yang baik dan berguna,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada ibu bapa agar menaruh kepercayaa­n kepada sistem pendidikan negara sepenuhnya dalam memberi pendidikan berkualiti bertaraf antarabang­sa kepada anak-anak.

Sementara itu, dalam sesi pemilihan, Haji Yusup telah terpilih sekali lagi menerajui kepimpinan PIBG bagi Sesi 2022/2024.

Naib YDP pula disandang oleh Susanna Koh yang berjaya menewaskan tiga calon lain.

Sementara itu, empat AJK dalam kalangan ibu bapa turut terpilih menganggot­ai PIBG melalui undi majoriti.

Mereka ialah Dr. Emily Yapp Hon Tshin, Nordin Ahmad, Junaidi Omar dan Rohayati Othman.

Semua AJK dalam kalangan guru dikekalkan untuk tempoh sepenggal lagi.

Mereka ialah Setiausaha, Normazrena Kadam, Penolong Setiausaha, Fazlinah Razali, Bendahari, Teng How Ching dan Penolong Bendahari, Junaidah Amat Sah.

AJK Guru Asnur Liza Baharuddin, Noorul Syarhida Nurul Hadi, Rafidah Md Pee, Ustaz Jailani Muda dan Yusrin Ahmad.

Manakala Juru Audit Dalaman pula disandang Junaidi Omar (AJK Ibu Bapa) dan Zunaidah Haji Matiasin (Guru).

Mesyuarat kali ini turut menyediaka­n cabutan bertuah kepada ibu bapa dan guru yang hadir.

Hadiah utama berupa sebuah televisyen LED yang disumbangk­an oleh Asian Supply Base (ASB).

Turut hadir wakil Jabatan Pendidikan Labuan, Nurul Ain Hamdan dan Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labuan, Jasmin Amsyir.

Pada ketika ini, SMK Labuan mempunyai 129 guru dan 1,568 pelajar Tingkatan Satu hingga Enam.

 ?? ?? SOKONGAN: Mohd Nizam (empat kanan) bersama AJK PIBG dan tetamu kehormat.
SOKONGAN: Mohd Nizam (empat kanan) bersama AJK PIBG dan tetamu kehormat.
 ?? ?? TERIMA KASIH: Guru-guru gembira menunjukka­n tepung gandum yang diterima.
TERIMA KASIH: Guru-guru gembira menunjukka­n tepung gandum yang diterima.
 ?? ?? MANTAP: Yusof (tiga kanan) dan Mohd Nizam (dua kiri) bersama AJK PIBG SMK Labuan bagi Sesi 2022/2024.
MANTAP: Yusof (tiga kanan) dan Mohd Nizam (dua kiri) bersama AJK PIBG SMK Labuan bagi Sesi 2022/2024.
 ?? ?? TAHNIAH: Yusof (kiri) menyampaik­an hadiah utama sumbangan ASB sambil diperhatik­an Mohd Nizam.
TAHNIAH: Yusof (kiri) menyampaik­an hadiah utama sumbangan ASB sambil diperhatik­an Mohd Nizam.
 ?? ?? KENANGAN: Jasmin (kanan) menerima cenderamat­a daripada Mohd Nizam diperhati Penolong Kanan HEM, Jamaliah Razali.
KENANGAN: Jasmin (kanan) menerima cenderamat­a daripada Mohd Nizam diperhati Penolong Kanan HEM, Jamaliah Razali.
 ?? ?? HADIR: Sebahagian ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Labuan 2022.
HADIR: Sebahagian ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Labuan 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia