Utusan Borneo (Sabah)

Fernandinh­o gembira kembali tanah air, menyertai Athletico Paranaense

-

SAO PAULO: Bekas kapten kelab Manchester City, Fernandinh­o, sudah kembali ke kelab pertamanya dan menyertai Athletico Paranaense, menurut kelab dari Brazil itu pada Isnin.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu, yang meninggalk­an City pada akhir musim lepas setelah sembilan tahun penuh kejuaraan di England, menandatan­gani kontrak dua tahun setengah.

“Ia satu perasaan yang sangat puas untuk kembali ke tanahair saya. Menyedari bahawa saya boleh membawa pengalaman dan apa yang saya capai sejak bertahun-tahun bermain di Eropah ke sini,” kata Fernandinh­o dalam satu sidang media memperkena­lkan kehadirann­ya di kelab yang berpusat di Curitiba.

Lahir di negeri Parana, dengan ibu negerinya Curitiba, Fernandinh­o memulakan karier di Athletico ketika remaja pada 2002 sebelum berpindah ke kelab Shakhtar Donetsk di Ukraine pada 2005.

Selepas lapan tahun di Donetsk yang menyaksika­nnya memenangi enam kejuaraan liga Ukraine, empat pertanding­an piala dan Piala UEFA (format lama Liga Europa), pada 2009, Fernandinh­o mendapat perhatian pencari bakat City.

Ketika itu, dia sudah beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil dan bermain lebih dari 50 kali dengan membantu Brazil menjulang trofi Copa Amerika pada 2019 dan bermain dalam dua edisi Piala Dunia.

Di City, dia memenangi liga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan enam Piala Liga Inggeris serta bermain di final Liga Juara-Juara pada 2021.

Dia mengejutka­n pengurus City, Pep Guardiola pada bulan April apabila mengumumka­n semasa sidang media sebelum perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di mana dia akan meninggalk­an kelab pada akhir musim.

Dia berkata bahawa dia terdesak untuk anak-anaknya melihat dia bermain untuk kelab yang dia sokong.

Guardiola menyokong keputusann­ya dan menggambar­kan Fernandinh­o sebagai seorang “pemain yang hebat.’

Athletico ketika ini berada di tangga ketiga liga Brazil dan melangkah ke pusingan 16 akhir Copa Libertador­es, di mana mereka akan menentang kelab dari Paraguay, Libertad.

Fernandinh­o boleh diturunkan secara rasmi dari 18 Julai, apabila pasukan dari Brazil boleh mendaftar pemain baharu. — AFP

 ?? ?? FERNANDINH­O
FERNANDINH­O

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia