Utusan Borneo (Sabah)

Favre galas tugas jurulatih kelab Nice

-

NICE: Bekas jurulatih kelab Borussia Dortmund, Lucien Favre dilantik sebagai jurulatih baharu kelab Ligue 1 Perancis, Nice pada Isnin, menggantik­an Christophe­r Galtier yang sedang berunding dengan Paris Saint Germain (PSG).

“Christophe­r Galtier tidak lagi bertanggun­gjawab ke atas skuad senior Nice,” kata Nice dalam satu kenyataan.

Favre, 64, yang tanpa sebuah kelab sejak dilepaskan oleh Dortmund pada bulan Disember 2020, menyelia sesi latihan ketika skuad Nice kembali dari rehat musim panas.

“Kembali semula adalah sesuatu yang istimewa. Saya terus berhubung dengan ramai orang. Saya dihubungi oleh sebuah kelab tetapi sebaik sahaja Nice tiba, saya berkata saya akan ke sana,” kata Favre dalam satu sidang media.

“Apa yang (pemilik kelab) Ineos lakukan adalah sangat menarik. Apa yang mereka mahu bina adalah sesuatu yang besar.”

“Sepanjang dua tahun akan datang, Nice harus berkembang, melakukan perkara yang betul dalam pasaran perpindaha­n dan sentiasa menamatkan musim liga di tiga tangga teratas. Dan lebih banyak lagi.

“Anda harus memberitah­u kebenaran, itulah sasaranmen­ewaskan nya. Dalam sukan lain, Ineos adalah nombor satu.”

Favre menghabisk­an dua tahun membimbing Nice di antara 2016 dan 2018, membimbing kelab ke tangga ketiga liga pada musim pertamanya dan layak ke Liga Juara-Juara.

“Saya berasa sangat gembira Lucien Favre menyertai kami,” kata Jim Ratcliffe, hartawan British yang juga pengerusi Ineos.

“Dia seorang jurulatih berpengala­man yang sudah berjaya dalam Bundesliga

Jerman dan juga di Nice. Dia mendapat penghormat­an dan rasa kagum di mana-mana dia berada.”

Presiden PSG, Nasser AlKhelaifi mengesahka­n minggu lepas bahawa PSG sedang berunding dengan Galtier untuk kemungkina­n menggantik­an Mauricio Pochettino sebagai jurulatih.

Al-Khelaifi menafikan kelab ada berhubung dengan Zinedine Zidane.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi kami tidak tahu di mana Christophe­r akan pergi.

Mereka masih membincang­kan sesuatu,” kata presiden Nice, Jean-Pierre Rivere.

“Saya mengharapk­an yang terbaik untuknya. Ia sememangny­a satu peluang yang hebat untuk dia.”

Galtier memenangi kejuaraan Ligue 1 bersama Lille pada 2021 sebelum berpindah ke Nice dan membimbing kelab ke tangga kelima musim lepas.

Rivere juga mengesahka­n pengarah bola sepak kelab, Julien Fournier, juga akan meninggalk­an Nice. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KERJASAMA: (Dari kiri) Presiden kelab Nice Jean Pierre Rivere dan Favre bergambar selepas sidang media yang berlangsun­g di Nice, Perancis, kelmarin.
— Gambar AFP KERJASAMA: (Dari kiri) Presiden kelab Nice Jean Pierre Rivere dan Favre bergambar selepas sidang media yang berlangsun­g di Nice, Perancis, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia