Utusan Borneo (Sabah)

Bale tandatanga­ni kontrak 12 bulan bersama kelab LAFC: MLS

-

LOS ANGELES: Kapten pasukan kebangsaan Wales, Gareth Bale menandatan­gani kontrak 12 bulan bersama kelab Los Angeles FC (LAFC) dengan pilihan lanjutan sehingga 2024, menurut pengumuman rasmi kelab dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) pada Isnin.

Bale mengesahka­n pelan masa depannya di media sosial hujung minggu lalu setelah kontraknya bersama kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid berakhir.

“Saya sangat teruja dengan perpindaha­n ke LAFC,” kata Bale.

“Ini adalah tempat yang tepat untuk saya dan keluarga saya dan masa yang tepat dalam karier saya. Saya tidak sabar untuk mula bekerja dengan pasukan dan bersedia untuk memenangi lebih banyak trofi di Los Angeles.”

Pemain berusia 32 tahun itu, pemenang lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, menghabisk­an sembilan tahun di Real Madrid.

“Gareth adalah salah seorang pemain paling dinamik dan menarik dalam generasiny­a,” kata presiden bersama dan pengurus besar LAFC, John Thorringto­n. “Menambah seorang pemain yang membawa bakat dan pengalaman­nya di peringkat tertinggi adalah satu peluang yang hebat untuk meningkatk­an kelab kami.

“Ia jelas bahawa Gareth mempunyai motivasi tinggi untuk terus memenangi kejuaraan dan kami gembira kerana dia membuat pilihan untuk menyertai LAFC dan membantu kami dalam sasaran utama kami memenangi kejuaraan.”

Bale membuat 105 penampilan bersama Wales sejak 2006, menjaringk­an 28 gol dan mengumpan 22 gol.

Dia membantu Wales layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar akhir tahun ini, penampilan pertama Wales di Piala Dunia dalam 64 tahun.

Pemain berasal dari Cardiff itu membuat penampilan sulung profesiona­l pada usia 16 tahun bersama kelab Southampto­n dalam Liga Kejuaraan sebelum menyertai Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana pada 2007, menjaringk­an 42 gol dalam 146 penampilan sehingga 2013 apabila dia menyertai Real Madrid.

Di Real Madrid, Bale menjaringk­an 106 gol dan mengumpan 67 lagi gol dalam 258 penampilan ketika Real Madrid memenangi 19 kejuaraan sepanjang tempoh dia di sana.

“Tidak ada ramai pemain dalam dunia yang boleh memberikan satu impak seperti Gareth Bale dalam sesuatu perlawanan,” kata ketua jurulatih LAFC, Steve Cherundolo. “Dia boleh menjadi berbahaya dalam pelbagai cara dan kami menjangkak­annya melengkapk­an apa yang kami percaya sudah ada pasukan yang kuat dari saat dia tiba.

“Pengetahua­nnya dalam permainan dan pengalaman bermain perlawanan penting adalah sangat berharga untuk kelab kami.”

Bale dijangka menghadiri perlawanan LAFC di tempat sendiri menentang Dallas hari ini dan akan membuat penampilan sulung bersama kelab baharu apabila menentang Los Angeles Galaxy pada 8 Julai.

Bale menyertai LAFC yang ketika ini berada di tangga teratas Liga Western Conference dengan 33 mata dan rekod 10-3-3 untuk mendahului Real Salt Lake dengan kelebihan empat mata. — AFP

 ?? ?? BALE
BALE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia