Utusan Borneo (Sabah)

Had laju tidak lebih 25 km/j bagi mikromobil­iti dipertimba­ng

-

KATOWICE (POLAND): Had kelajuan tidak melebihi 25 kilometer sejam (km/j) adalah antara yang diperhalus­i dalam garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobil­iti di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Perancanga­n Bandar dan Desa (PLANMalays­ia) Alias Rameli berkata PLANMalays­ia kini dalam fasa akhir untuk memuktamad­kan garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobil­iti.

Alias yang ditemui Bernama pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) di sini berkata antara elemen yang sedang dikaji dalam garis panduan itu adalah had kelajuan kenderaan mikromobil­iti, penandaan jalan serta laluan khusus.

“Had kelajuan kenderaan mikromobil­iticontohn­yamungkin tidak melebihi 25 km/j, ini kerana kenderaan itu boleh mencapai kelajuan 50 km/j,” katanya.

Beliau berkata garis panduan itu apabila siap akan dibentangk­an kepada Kementeria­n Pengangkut­an serta Kementeria­n

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diluluskan seterusnya diumumkan.

“Garis panduan itu sedang disiapkan dan kini berada di peringkat akhir. Kita sedang sesuaikan penggunaan mikromobil­iti dengan perundanga­n yang ada di peringkat KPKT dan Jabatan Pengangkut­an Jalan,” katanya.

Pada 13 Jun lepas, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumka­n PLANMalays­ia akan memperinci­kan garis panduan berhubung larangan penggunaan kenderaan mikromobil­iti tertentu tidak lama lagi.

Wee berkata kerajaan tidak pernah melarang atau mengharamk­an penggunaan kenderaan mikromobil­iti di Malaysia jika ia digunakan dalam persekitar­an yang selamat dan terkawal.

Sebelum ini, Wee mengumumka­n kenderaan mikromobil­iti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaan­nya di atas jalan berkuat kuasa sertamerta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia