Utusan Borneo (Sabah)

PIBG main peranan besar dalam perkembang­an sekolah: Dr Fadilah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Ibu bapa perlu menyedari betapa pentingnya peranan yang dimainkan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dilihat sebagai satu penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Dr Fadilah Sabri berkata, PIBG bukan sahaja berperanan sebagai penghubung tetapi juga memainkan fungsi sebagai pemantau dan penilai terhadap perkembang­an sekolah.

“Dalam erti kata yang lain ahli-ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulu­m.

“Keaktifan aktiviti sekolah boleh diukur melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seiring dengan keperluan sekolah, guru dan pembanguna­n pelajar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (PIBG) 2022 Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon dekat sini kelmarin.

Hadir sama Guru Besar SK Tobobon Ag Ghani Haji Ag.Bakar dan Yang Dipertua (PIBG) SK Tobobon Afendi Hadis.

Fadilah yang juga Ketua Puteri UMNO Sabah berkata selain daripada itu, sumbangan moral juga merupakan faktor penting yang dilihat membantu mendorong pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Jelasnya, antara sokongan moral yang boleh diberikan oleh ibu bapa ialah dengan menghadiri mesyuarat agung serta memberi pendapat, sentiasa mengambil tahu mengenai anak mereka di sekolah dan memberi sumbangan tenaga melalui permuafaka­tan daripada aktiviti sekolah seperti kem motivasi dan sebagainya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Fadilah yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggar turut menyaranka­n

PIBG menubuhkan tabung pendidikan untuk pelajar di sesebuah sekolah.

Katanya, tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu.

“Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan pelajar. Ini termasuk sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatk­an.

“Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimum­kan tenaga ke arah kecemerlan­gan dalam pendidikan dan sekali gus merealisas­ikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan,” katanya.

Di samping itu tambah Dr Fadilah, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah.

“Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling.

 ?? ?? LANCAR: Dr Fadilah (dua kanan) melancarka­n tabung PIBG Fasa 1 sekolah sambil diperhatik­an oleh Ag Ghani dan Afendi di majlis itu.
LANCAR: Dr Fadilah (dua kanan) melancarka­n tabung PIBG Fasa 1 sekolah sambil diperhatik­an oleh Ag Ghani dan Afendi di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia