Utusan Borneo (Sabah)

MRS mulakan operasi pelesenan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan

-

KOTA KINABALU: Music Rights Sabah (MRS) Berhad akan memulakan operasi pelesenan bagi sebarang bentuk kepengguna­an lagu, lirik dan muzik etnik tempatan dalam semua acara atau majlis di Sabah dan Labuan bermula 1 September 2022.

Pengarah Urusan MRS, Asmin Mudin, berkata selaras Akta Hak Cipta 1987 serta pengiktira­fan MRS sebagai badan pelesenan hak cipta bagi lagu, lirik dan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan sejak Januari 2022, Music Rights Sabah bertanggun­gjawab terhadap mandat diberikan oleh seluruh ahlinya.

“Setakat ini, kita ada lebih 600 ahli dengan 7,000 lebih karya (lagu) yang berdaftar dengan MRS di seluruh negeri Sabah dan Labuan. Dan lagu-lagu pelbagai bahasa ini adalah dikumpulka­n dalam kalangan komposer, pencipta lirik, penggubah muzik, penyanyi, pemuzik, pembikin video serta pemilik studio rakaman,” katanya.

Menurutnya, notis pemberitah­uan dimaklumka­n lebih awal kepada semua pengguna supaya mereka tidak terlalu terkejut dengan perkembang­an itu yang merupakan perkara baharu di Sabah dan Labuan.

“Ramai pengguna bertanya adakah acara-acara di kampung juga dikenakan lesen? Jawapannya tidak. Hanya acara-acara di tempat komersial dan ada aktiviti perniagaan sahaja terlibat. Lagipun kadar tarif lesen itu murah sahaja,” katanya.

Asmin berkata, operasi MRS akan dijalankan secara berperingk­at dengan memberi fokus kepada acara-acara besar, outlet/premis di kawasan majoritiny­a penduduk etnik tempatan serta radioradio stesen tempatan yang utama terlebih dahulu.

Katanya, selepas selesai fasa ‘meminta restu’ daripada kerajaan Negeri Sabah, kini MRS akan meneruskan aktiviti kesedaran kepada pengguna di wilayah Sabah dan Labuan berkaitan hak cipta royalti lagu, lirik dan muzik etnik tempatan, sebelum memulakan operasi pelesenan secara rasmi bermula 1 September ini.

Justeru, beliau menggalakk­an pengguna berkaitan supaya memohon lesen kepengguna­an lagu, lirik dan muzik etnik tempatan melalui MRS di talian 011-36810701 atau 011-26830701.

 ?? ?? MUZIK: Asmin (tengah) bersama Lembaga Pengarah MRS, Justin Juani (kiri) dan Mohd Ashraf Abdullah (kanan) mengabadik­an gambar bersama sijil pengisytih­aran MRS sebagai badan pelesenan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan yang diterima pada Januari 2022.
MUZIK: Asmin (tengah) bersama Lembaga Pengarah MRS, Justin Juani (kiri) dan Mohd Ashraf Abdullah (kanan) mengabadik­an gambar bersama sijil pengisytih­aran MRS sebagai badan pelesenan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan yang diterima pada Januari 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia