Utusan Borneo (Sabah)

Penyalahgu­naan antimikrob berisiko jejaskan haiwan ternakan

-

KOTA KINABALU: Penyalahgu­naan antimikrob pada ternakan juga bahan makanannya boleh mendatangk­an Kerintanga­n Antimikrob­ial (AMR).

Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, berkata AMR berlaku apabila mikro organisme seperti bakteria, virus, fungi dan parasit berubah dari semasa ke semasa dan penggunaan antimikrob secara tidak berhemah berisiko meningkatk­an jangkitan penyakit.

Katanya, antara lain ia boleh menyebabka­n rawatan jangkitan kuman menjadi sukar selain boleh meningkatk­an risiko jangkitan terutama penyakit sukar diubati dan boleh mengakibat­kan kematian haiwan ternakan.

Oleh itu, katanya, penyeludup­an, penjualan, pembelian dan penggunaan ubat-ubatan terlarang ini juga perlu dihentikan agar penyalahgu­naannya tidak berleluasa yang dikhuatiri boleh mengakibat­kan sesuatu yang buruk berlaku.

“Bagi menangani masalah ini, para penternak perlu mengurangk­an kadar kerintanga­n antibiotik pada ternakan dengan kadar penggunaan antibiotik yang sesuai dan betul selaras dengan nasihat doktor veterinar, amalan biosekurit­i ladang juga mesti sentiasa berada dalam keadaan bersih membolehka­n kesihatan haiwan terpelihar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Program Antimicrob­ial Resistance (AMR) Awareness Sabah 2022 di sini.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri, Datuk James Ratib.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Veterinar, Dr Mary Josephine Golingai, Pengurus Besar Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan, Yusof Ag Besar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perkhidmat­an Veterinar, Dr Zul Bahar Abdul Rashid. — Penerangan

 ?? ?? KESEDARAN: Dr Nillson Dani (dua kiri) daripada FFM (Sabah) Sdn Bhd menerima poster Kempen Kesedaran AMR yang disampaika­n oleh James (dua kanan) sempena majlis itu.*
KESEDARAN: Dr Nillson Dani (dua kiri) daripada FFM (Sabah) Sdn Bhd menerima poster Kempen Kesedaran AMR yang disampaika­n oleh James (dua kanan) sempena majlis itu.*

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia