Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa gerak kerja untuk kekuatan jentera Srikandi: Azizah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA MARUDU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah digesa untuk terus memperkasa gerak kerja dalam melaksanak­an semua program yang mendekati rakyat, selain daripada meningkatk­an kualiti nilai tambah kepada pemerkasaa­n jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Ketuanya, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata kepimpinan Srikandi harus utuh dan memiliki semangat solidariti dan jati diri tinggi yang kental dalam usaha memantapka­n parti.

“Kita kena bermula dari peringkat cawangan, peringkat bahagian, kita perkuatkan dan kukuhkan semangat kita dalam usaha memantapka­n dan memperkuku­hkan perjuangan parti kepada peringkat akar umbi dan inilah formula kita.

“Kita perlu bekerja dan bergerak secara sebuah pasukan kerana kita saling memerlukan dan kebersamaa­n itu akan lebih menguatkan gerakan kita, sekaligus bakal membawa kejayaan insyaAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam perjumpaan bersama jentera Srikandi BERSATU Bahagian Kudat dan Kota Marudu di sini, kelmarin.

Hadir sama Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Sabah, Dato Redonah Bahanda (Kota Marudu); Ketua Srikandi BERSATU Kudat, Norlizah Datuk Gurahman; Setiausaha Kerja Srikandi BERSATU Sabah, Aziah Atoh (Sepanggar) serta ahli jawatankua­sa kedua-dua bahagian.

Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Beufort juga berkata gerakan kerja Srikandi secara konsisten selama ini pasti mampu membawa hasil positif kepada parti dan kekuatan sayap Srikandi adalah dengan semangat kerjasama berpasukan yang utuh.

“Kita menerima asakan dan pelbagai tohmahan khasnya dari pihak sebelah sana, pihak lawan kita, yang tidak pernah penat untuk mencari agenda bagi melawan parti kita, melawan perjuangan kita, namun ini bukan masalah pada kita kerana semakin mereka cuba mencari kelemahan kita, semakin kita kuat bersatu dengan gerak kerja secara berkumpula­n tanpa melihat perbezaan.

“Kita perlu sentiasa fokus untuk memberi kefahaman dan beri segala maklumat dan informasi yang diperlukan oleh akar umbi, oleh rakyat, oleh golongan sasar kita, tentang usaha kita dan perjuangan parti kita,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah juga memberitah­u bahawa Srikandi BERSATU Negeri Sabah sudah membincang­kan dan memperhalu­si segala isu yang dibangkitk­an demi mencapai matlamat perjuangan sayap Srikandi dan perjuangan parti.

“Kita faham dan kita sentiasa peka dengan semua isu dan ini yang kita bincangkan dalam setiap pertemuan kita.

“Saya juga ingin mengajak semua Srikandi untuk terus berfikiran terbuka dan sentiasa mencari ideaidea baharu untuk tujuan memantapka­n gerak kerja jentera dalam parti,” ujar beliau lagi.

 ?? ?? ALBUM: Azizah (tiga kanan) dan Redonah merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli jawatankua­sa Srikandi BERSATU Kota Marudu.
ALBUM: Azizah (tiga kanan) dan Redonah merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli jawatankua­sa Srikandi BERSATU Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia