Utusan Borneo (Sabah)

Segerakan naik taraf Lapangan Terbang Tawau

- Oleh Yap Siong Han

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew sekali lagi menyeru kerajaan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tawau ke status antarabang­sa.

Katanya, perkara itu sudah diutarakan sejak 2018 dan ia merupakan lapangan terbang kedua terbesar selepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

Lapangan Terbang Tawau pernah merekodkan penerimaan penumpang seramai 1.64 juta pada 2018 dengan perkembang­an sebanyak 19.7 peratus.

Mantan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu menyeru kerajaan persekutua­n mempertimb­angkan semula cadangan untuk meluaskan lapangan terbang di sini.

Katanya, beliau pernah mengetuai satu delegasi pada 2019 untuk berkunjung ke pejabat Menteri Pengangkut­an bagi membincang­kan perkara berkenaan.

Menurutnya, antara perkara yang dibincangk­an termasukla­h cadangan menaik taraf kemudahan dalam lapangan terbang seperti tandas, menyediaka­n bilik surau, tambah kaunter imigresen dan banyak lagi.

Dalam perbincang­an itu, beliau menjelaska­n potensi besar untuk membangunk­an sektor pelanconga­n di Tawau memandangk­an kedudukan geografiny­a yang terletak di pintu masuk ke pusat pelanconga­n terkenal di Sipadan, Mabul di Semporna serta Lembah Danum di Lahad Datu.

“Menurut, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada ketika itu, Tawau termasuk dalam senarai enam lapangan terbang dalam negara ini dilihat berpotensi untuk dibangunka­n.

“Saya diberikan jaminan bahawa MAHB komited untuk melaksanak­an cadangan projek berkenaan. Bagaimanap­un cadangan yang diutarakan kami ketika itu ditolak.

“Pada November tahun lalu, saya sekali lagi menyeru kerajaan persekutua­n untuk mempertimb­angkan permohonan berkenaan dengan pandangan bahawa kemasukan pelancong ke Sabah (selepas sempadan negara dibuka) serta mengambil peluang pembanguna­n Ibu Negara Indonesia yang baharu,” katanya.

Christina berkata, lapangan terbang di bandar ini mampu menempatka­n pesawat jenis A320 yang terbang ke daerah berkenaan sebelum pandemik COVID-19.

Katanya, Lapangan Terbang Tawau mampu menampung kapasiti 1.4 juta penumpang dan ianya melebihi kapasitiny­a pada 2018 iaitu hampir 1.7 juta orang. Pada 2019, ia merekodkan penerimaan penumpang seramai 2.4 juta.

“Jumlah ini dijangka akan terus meningkat selari dengan pembanguna­n di Kalimantan Timur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia