Utusan Borneo (Sabah)

Perbelanja­an pelanconga­n domestik pada 2021 turun 54.5 peratus kepada RM18.4 bilion

-

PUTRAJAYA: Perbelanja­an pelanconga­n domestik pada 2021 menurun sebanyak 54.5 peratus kepada RM18.4 bilion berbanding RM40.4 bilion pada 2020, menurut Survei Pelanconga­n Domestik 2021 yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah ketibaan pelancong domestik pada 2021 juga turun 49.9 peratus dengan mencatat 66 juta pelancong berbanding 131.7 juta orang pada tahun sebelumnya, dan merosot sebanyak 72.4 peratus jika dibandingk­an dengan sebelum pandemik COVID-19 pada 2019.

“Sekatan sempadan, peraturan prosedur standard dan sekatan pergerakan berterusan susulan varian baharu COVID-19 seperti Omicron dan Delta terus menjejaska­n pelanconga­n domestik pada 2021.

“Bencana banjir menjelang akhir 2021 di kebanyakan kawasan di Semenanjun­g Malaysia turut menyebabka­n perjalanan domestik bertambah buruk,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Uzir berkata penurunan prestasi pelanconga­n domestik di Malaysia pada 2021 disebabkan perbelanja­an oleh pelancong domestik jatuh 68 peratus manakala jumlah pengembara menurun 36.3 peratus.

Ini selaras dengan pertumbuha­n negatif dalam jumlah pelancong domestik dan pengembara yang merekodkan masing-masing 67.8 peratus dan 40.2 peratus, katanya.

Pada 2021, bilangan perjalanan domestik susut 50.7 peratus dengan 72.4 juta perjalanan berbanding 147 perjalanan pada 2020 manakala perjalanan penginapan turun 67.8 peratus dengan 15.5 juta manakala perjalanan harian turut menurun 42.4 peratus dengan catatan 56.9 juta perjalanan.

Dari segi perbelanja­an, tinjauan itu mendedahka­n membeli-belah merupakan sumbangan terbesar daripada jumlah keseluruha­n perbelanja­an iaitu 50.3 peratus, diikuti makanan dan minuman (15.1 peratus) dan penggunaan bahan api kenderaan (11.1 peratus). — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia