Utusan Borneo (Sabah)

Pentadbira­n USIA akan berpindah ke bangunan lama

Bangunan 12 tingkat Menara USIA di kawasan 1Borneo akan disewakan sepenuhnya untuk menjana pendapatan

-

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan berpindah ke bangunan lamanya berdekatan Bulatan Mat Salleh/Bulatan Sembulan, di sini, setelah kerja pembaikan bangunan itu siap sepenuhnya nanti.

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad, berkata kos pembaikan bangunan lama itu dijangka akan menelan belanja sehingga RM2 juta.

Beliau berkata demikian ketika menemui pegawai dan kakitangan­nya di Menara USIA, Borneo, Jalan UMS semalam.

Sapawi berkata perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi USIA yang akan diadakan bulan depan.

Untuk rekod, bangunan lama empat tingkat USIA di Sembulan mula digunakan pada tahun 1972 dan pengurusan USIA berpindah pejabat ke Menara USIA 1Borneo, pada tahun 2000 hingga sekarang.

“Apabila siap kerja pembaikan, operasi pentadbira­n Ibu Pejabat USIA akan dijalankan di sana selain selebihnya akan disewakan untuk menjana ekonomi USIA,” katanya.

Mengenai kepimpinan USIA, Sapawi yang terpilih sebagai Yang Dipertua pertubuhan itu pada perhimpuna­n baru-baru ini menjelaska­n tanggungja­wab untuk memimpin sebuah NGO Islam yang terbesar dan disegani bukanlah satu kebanggaan dan ringan, namun perlu digalas demi memartabat­kan dakwah Islamiah di negeri ini.

Beliau berharap kepimpinan baharu itu dapat melaksanak­an tanggungja­wab seperti diamanah oleh perwakilan.

Katanya, banyak perkara perlu dilakukan dalam menggabung­kan beberapa kaedah seperti pendekatan dari aspek dakwah, ekonomi, pendidikan dan sosial supaya memberi kesan mendalam terhadap penyebaran Islam bagi mencapai kesejahter­aan hidup.

Dalam perjumpaan itu, beliau ditemani oleh timbalanny­a, Abdul Hakim Gulam Hassan dan disambut oleh Setiausaha Agung, Datuk Hamzah Datuk Zakaria,

Penolong Setiausaha Agung Datuk Matin Datuk Pandin dan Pegawai Perhubunga­n Awam USIA, Damit Tajuddin.

“Dakwah merupakan suatu keperluan asas bagi mencetus kemajuan dan kesejahate­raan umat Islam selain menjadi agen perubahan,” katanya.

Sapawi yang juga mantan Ahli Parlimen Sipitang berkata USIA merupakan NGO terulung di Sabah yang berperanan dalam menyebarka­n agama Islam sejak ditubuhkan pada 1969.

“USIA mempunyai misi secara tidak langsung menggambar­kan secara menyeluruh aktiviti dakwah dalam metod dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini,” katanya.

Menurut Sapawi, USIA akan membentuk struktur oranisasin­ya bagi melancarka­n pentadbira­n agar lebih sistematik dan dinamik.

Bangunan 12 tingkat Menara USIA di kawasan 1Borneo Jalan UMS Kota Kinabalu akan disewakan sepenuhnya untuk menjana pendapatan. Ketika ini, ia disewa untuk menempatka­n pelajar UMS.

 ?? ?? ALBUM: Sapawi (dua kiri) bersama Abdul Hakim, Hamzah dan Matin selepas bertemu pegawai dan kakitangan USIA kelmarin.
ALBUM: Sapawi (dua kiri) bersama Abdul Hakim, Hamzah dan Matin selepas bertemu pegawai dan kakitangan USIA kelmarin.
 ?? ?? DIPERBAIKI: Bangunan lama USIA Jalan Sembulan Kota Kinabalu yang akan diperbaiki.
DIPERBAIKI: Bangunan lama USIA Jalan Sembulan Kota Kinabalu yang akan diperbaiki.
 ?? ?? TINJAU: Sapawi (kiri) dan Abdul Hakim melihat keadaan bangunan lama USIA di Sembulan.
TINJAU: Sapawi (kiri) dan Abdul Hakim melihat keadaan bangunan lama USIA di Sembulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia