Utusan Borneo (Sabah)

Pameran foto telusur masalah, cabaran penyakit malaria di luar bandar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Pameran foto bertemakan ‘elak gigitan nyamuk elak malaria’ yang disertai 26 peserta menyelami dan meneroka permasalah­an malaria monyet di kawasan luar bandar.

Ketua Penyelidik dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (FPER, UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan berkata program terbabit hasil kerjasama pasukan penyelidik dari Jabatan Kesihatan Masyarakat, FPER UKM dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (FPSK, UMS) yang diadakan di Dewan Kampung Lotong, di sini.

“Sebanyak 200 foto berjaya dipamerkan peserta yang juga penduduk dari Kampung Manduri, Paradason, Membatu Laut dan Tagumamal Darat melalui hasil kajian yang bermula pada bulan Disember 2021 hingga Jun tahun ini.

“Kesemua foto menggambar­kan dan menceritak­an kepercayaa­n penduduk bagaimana penyakit malaria monyet ini boleh disebarkan, cabaran komuniti untuk mengelak gigitan nyamuk, dan cara alternatif yang digunakan oleh untuk mengelak gigitan nyamuk,” katanya.

Beliau berkata sepanjang program berlangsun­g, peserta berkongsi pelbagai perspektif dan pandangan kepada pengunjung termasukla­h cabaran mengelak gigitan nyamuk walaupon pelbagai kaedah sudah digunakan.

“Walaupun penduduk mengambil inisiatif memakai kelambu berubat, masih ada pelbagai masalah di kampung yang menjadi punca terhadap masalah jangkitan malaria iaitu bekalan asas seperti air, elektrik dan jaringan internet.

“Kekurangan kemudahan asas ini menyebabka­n komuniti terpaksa mengambil air di sungai dan meningkatk­an risiko gigitan nyamuk malaria, ketiadaan jaringan internet juga menyukarka­n mereka untuk mendapatka­n talian dan terpaksa keluar ke kebun getah atau atas bukit untuk mendapatka­n talian internet.

“Kawasan kampung yang dikeliling­i oleh kebun getah, kelapa sawit, kelapa, dan hutan turut meningkatk­an risiko gigitan nyamuk malaria selain kehadiran monyet di kawasan hutan terbabit turut memberikan kesan sama,” katanya.

Tambahnya, pameran foto melalui kaedah ‘Photovoice’ iaitu satu bentuk ‘Art-based research’ mencapai objektif dalam memberi peluang kepada masyarakat mengongsik­an pendapat mereka melalui foto dan naratif dalam memperkasa komuniti mencegah penularan malaria.

Dalam program sama, katanya, dialog bersama komuniti juga dijalankan untuk mendalami isu-isu yang berkaitan malaria.

Turut hadir Pengerusi program serta penyelidik bersama Falkulti Perubatan UKM Dr Nurul Athirah Naserrudin, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku penyelidik bersama serta pasukan penyelidik Prof Dr Mohammed Saffree Jeffrey.*

 ?? ?? PAMERAN: Mohd Rohaizat (kanan) semasa hadir di pameran foto bertemakan ‘elak gigitan nyamuk elak malaria’ di sini.
PAMERAN: Mohd Rohaizat (kanan) semasa hadir di pameran foto bertemakan ‘elak gigitan nyamuk elak malaria’ di sini.
 ?? ?? KENANGAN: Peserta program dan penyelidik merakamkan gambar kenangan bersama semasa program terbabit.
KENANGAN: Peserta program dan penyelidik merakamkan gambar kenangan bersama semasa program terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia