Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat Parlimen Ranau santuni kanak-kanak OKU

- Oleh Hamzah Sanudin

RANAU: Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau menyantuni seorang kanakkanak Orang Kurang Upaya (OKU), Donlisius Johnny,15, di Kampung Himbaan, di sini semalam.

Donlisius yang mengalami masalah pendengara­n (pekak) dan kini belajar di Sekolah Khas Kampung Silou telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Parlimen Ranau.

Sumbangan itu adalah inisiatif Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Kasaman berkata pihaknya sudah menyantuni ramai rakyat yang berkeperlu­an khas termasuk golongan OKU, Ibu Tunggal, Warga Emas dan Anak Yatim di daerah ini.

“Jonathan sangat prihatin dengan golongan ini dan bantuan dari segi bakul makanan kerap diberikan bagi meringanka­n beban mereka.

“Sekiranya Jonathan tidak turun sendiri menyalurka­n sumbangan itu, beliau akan mengarahka­n kakitangan di Pejabat Parlimen untuk mewakili menyerahka­n bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Jonathan menyampaik­an bantuan tersebut kepada kanakkanak istimewa itu, di sini semalam.

Selain itu, katanya, Jonathan bukan hanya tertumpu soal kebajikan golongan memerlukan, tetapi turut memperbaik­i infrastruk­tur dengan segera sekiranya keperluan mendesak.

“Kita dapat melihat beliau banyak meluluskan peruntukan seperti membaiki jalan kampung, kawasan pertanian dan paip air graviti,” katanya.

Sementara itu, ibu Donlsius, Henrietta Hussien ketika ditemui menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Jonathan atas sumbangan yang diberikan kepada anaknya.

“Saya mewakili keluarga berharap Jonathan terus memberikan perhatian kepada golongan yang memerlukan bagi meringanka­n beban kami,” katanya.

 ?? ?? SUMBANGAN: Dominik (kiri) menyampaik­an Bakul Makanan kepada Donlsius.
SUMBANGAN: Dominik (kiri) menyampaik­an Bakul Makanan kepada Donlsius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia