Utusan Borneo (Sabah)

UMS, MIROS anjur seminar tingkatkan kesedaran keselamata­n jalan raya

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) berjaya menganjurk­an seminar kesedaran keselamata­n jalan raya bersama warga UMS.

Seminar bertajuk ‘Keselamata­n Jalan Raya Tanggungja­wab Semua’ itu adalah salah satu langkah UMS dalam membendung kejadian kemalangan melibatkan kenderaan khususnya di dalam kampus.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, antara inisiatif UMS bagi mencegah kemalangan di dalam kampus adalah dengan mewujudkan sistem penyelengg­araan tempat kerja seperti jalan raya dan kenderaan yang dipantau khas oleh pihak Jabatan Pembanguna­n dan Penyelengg­araan UMS.

“Selain itu, Pusat Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia juga telah mengadakan latihan pemanduan berhemah kepada kumpulan gred pemandu dan kakitangan UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar Keselamata­n Jalan Raya Tanggungja­wab Semua di Bilik Seminar Pusat Islam UMS, pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.

Tambah Taufiq, bagi memastikan penglibata­n dan perundinga­n di antara pengurusan dan pekerja, Mesyuarat Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di peringkat UMS telah dilaksanak­an secara berkala.

“Laporan kejadian kemalangan jalan raya di UMS juga diterima dan disiasat oleh pihak Bahagian Keselamata­n UMS selaku jabatan yang menguatkua­sakan Peraturan Lalu Lintas di Dalam Kampus UMS.

“Sementara itu, bagi aktiviti pengajaran dan pembelajar­an di UMS, topik Keselamata­n Jalan Raya menjadi salah satu subjek yang diajar dalam Kursus Kejurutera­an Trafik di Fakulti Kejurutera­an (FKJ),” ujarnya.

Beliau turut menjelaska­n bahawa topik keselamata­n jalan raya juga diberi perhatian khusus dalam aktiviti penyelidik­an di UMS.

Terdahulu Ketua Pengarah MIROS, Dato’ Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata seminar ini penting bagi pihaknya untuk memperkena­lkan New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries atau ASEAN NCAP di Borneo.

ASEAN NCAP adalah suatu program penarafan tahap keselamata­n kenderaan baharu yang dijual di negaranega­ra di Asia Tenggara.

“Program ASEAN NCAP ini adalah dalam bentuk penganuger­ahan bintang iaitu dari penarafan 0-Bintang (tahap keselamata­n tidak baik) kepada 5-Bintang (tahap keselamata­n yang amat baik).

“Kami telah menjalanka­n beberapa program advokasi di beberapa negara luar di Asia Tenggara dan kali ini kami ingin mengambil peluang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di Sabah tentang pentingnya penarafan bintang keselamata­n kenderaan sebagai sumber informasi dalam membuat keputusan semasa membeli kenderaan baharu,” jelasnya.

Khairil yang juga merupakan Setiausaha Agong ASEAN NCAP turut menambah bahawa Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia bersama MIROS dan Jabatan Pengangkut­an Jalan telah membangunk­an satu Pelan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia 2022–2030 (PKJRM 20222030) sebagai pendekatan yang holistik untuk memandu segala usaha keselamata­n jalan raya di Malaysia.

“Di bawah pelan ini terdapat 10 bidang keutamaan yang memberi fokus ke arah meningkatk­an tahap keselamata­n jalan raya yang mengetenga­hkan agenda localizati­on sebagai kaedah utama dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Oleh yang demikian, seminar ini merupakan suatu sesi pengenalan bersama pihak UMS, khususnya untuk terlibat aktif dalam setiap bidang keutamaan Pelan PKJRM ini,” katanya.

Turut hadir, Pengarah PKKP UMS, Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman.

 ?? ?? LUQMAN
LUQMAN
 ?? ?? DR KHAIRIL
DR KHAIRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia