Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu cungkil bakat murid

-

LABUAN: Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu telah berlangsun­g selama 3 hari bermula 16, 17 dan 21 Jun lalu.

Dua hari dilangsung­kan di SK Pekan Satu iaitu acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru manakala acara balapan dan acara penutupan diadakan di Kolej Matrikulas­i Labuan pada 21 Jun lalu.

Ia disertai oleh semua murid tahap dua yang terdiri daripada murid perdana dan PPKI.

Kejohanan ini bertujuan memupuk semangat juang dalam sukan, membina daya kepimpinan dalam berpasukan dan mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid.

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-67 ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulas­i Labuan, Mohd Samsol Paijo.

Mohd Samsol berkata kalah menang merupakan adat pertanding­an dan dalam apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi adalah diperlukan.

Jelasnya, kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya merupakan langkah untuk berjaya.

“Sukan tahunan yang diadakan di peringkat sekolah merupakan gelanggang untuk mengasah bakat murid dalam melahirkan atlet yang mampu mengharumk­an nama negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berharap agar murid dapat menjayakan acara sukan dengan cemerlang dan bekerja dalam pasukan apabila terlibat dalam acara berkumpula­n.

Turut hadir Guru Besar SKPS, Anita Shyamini A/P S. Azman. Yang DiPertua PIBG, Sallehuddi­n Wasli, Naib YDP PIBG, Isyamudin Noordin dan pentadbir SKPS.

Dalam ucapannya, Anita Shyamini berkata melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mnecapai kecemerlan­gan dalam bidang ini malah memperoleh­i pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisipli­nkan diri.

“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakk­an pertumbuha­n kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial,” katanya.

Penyelaras program, Wan Muhammad Hazman Md Nasir melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana majlis ini dapat dilangsung­kan dengan jayanya.

Beliau berharap agar kejohanan ini selari dengan matlamat yang ditetapkan iaitu memberi dorongan dan memotivasi­kan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

Antara acara balapan yang dipertandi­ngkan ialah 400 meter, 200 meter, 80 meter, 4x200 meter dan 4x100 meter untuk murid aliran perdana dan murid PPKI.

Manakala acara 4x80 meter dikhaskan untuk ibu bapa dan guru.

Rumah Sukan Merah dinobatkan sebagai juara, kedua Rumah Kuning, ketiga Rumah Biru dan keempat, Rumah Hijau.

Olahragawa­n dan Olahragawa­ti PPKI disandang Muhammad Aiman Ag Ahad dan Siti Aisyah Alfahdie.

Manakala Olahragawa­n dan Olahragawt­i SK Pekan Satu 2022 dimenangi Adieb

Syazmi Juply dan Shafiyah Indah Nurshadrin­a Assbullah.

 ?? ?? CEMERLANG:
Olahragawa­ti Shafiyah Indah Nurshadrin­a Assbullah.
CEMERLANG: Olahragawa­ti Shafiyah Indah Nurshadrin­a Assbullah.
 ?? ?? BANGGA: Juply.
Olahragawa­n SK Pekan Satu 2022, Adieb Syazmi
BANGGA: Juply. Olahragawa­n SK Pekan Satu 2022, Adieb Syazmi
 ?? ?? JUARA: Rumah Sukan Merah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Sukan Tahunan SK Pekan Satu kali ke-67, baru-baru ini.
JUARA: Rumah Sukan Merah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Sukan Tahunan SK Pekan Satu kali ke-67, baru-baru ini.
 ?? ?? TERBAIK: Olahragawa­n dan Olahragawa­ti PPKI, Muhammad Aiman dan Siti Aisyah.
TERBAIK: Olahragawa­n dan Olahragawa­ti PPKI, Muhammad Aiman dan Siti Aisyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia