Utusan Borneo (Sabah)

PBS KONSISTEN, KEKAL RELEVAN

Kekuatan dalam gabungan GRS penting sebagai pemacu masa depan rakyat, kata Hajiji

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah antara parti politik utama yang sentiasa konsisten serta kekal relevan sebagai pemacu masa depan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, apa juga keputusan yang diperolehi dalam pemilihan parti, menang atau sebaliknya, semua kena terima keputusan dengan hati terbuka.

“Apa yang pasti setiap pemimpin, ahli, penyokong adalah aset dan komponen yang amat penting untuk perjuangan parti. Segera rapatkan barisan untuk terus memperkuku­h parti dan perjuangan.

“Hakikatnya, sebagai salah satu komponen utama Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Negeri GRS-BN, kesatuan serta kekuatan PBS adalah amat penting untuk kesinambun­gan perjuangan membangunk­an dan membela kepentinga­n rakyat dan negeri,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan PBS Ke-36 dan Ke-37 di sini, semalam.

Beliau berkata, GRS adalah sebuah jajaran politik lokal yang menjadi formula tempatan dalam mewujudkan permuafaka­tan rakyat bagi mendepani landskap baharu politik negara.

Katanya, GRS terbina atas mandat rakyat, penubuhan GRS sebagai sebuah entiti politik rasmi pada 11 Mac 2022 adalah juga manifestas­i aspirasi rakyat.

“Kita akan meneruskan komitmen melaksanak­an Agenda Sayangi Sabah yang termaktub dalam Aku Janji GRS yang telah kita tawarkan sebagai Manifesto PRN ke-16 yang lalu.

“Komitmen kita telah diterjemah­kan dengan penjajaran Agenda Sayangi Sabah dan Aku Janji GRS di dalam dokumen pelan pembanguna­n negeri iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang telah dibentangk­an pada 29 Mac 2021,” katanya.

Katanya, GRS akan terus perjuangka­n, bukan sekadar pelaksanaa­n keseluruha­n hak dan kepentinga­n yang terkandung dalam Perlembaga­an Persekutua­n, malah hak dan kepentinga­n yang hadir dan terjamin bersama Perjanjian Malaysia 1963.

Menurutnya, GRS berpendiri­an semangat dan prinsip MA63 itu sentiasa hidup dan relevan sehingga hari ini dan masa depan termasuk pertanggun­gjawaban yang digariskan di bawah Artikel 8 MA63.

“Atas sebab itu, kita memutuskan untuk menyertai misi lawatan kerja rasmi yang diketuai Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili ke The National Archives, London baru-baru ini.

“Kita perlu sentiasa memperkuku­hkan tuntutan kita dengan fakta dan data yang bersandark­an kepada rekod rasmi.

“Saya juga melihat inisiatif ini adalah satu pendekatan strategik yang menggabung­kan pasukan kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n termasuk dari Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Hajiji berkata, usaha itu penting untuk membina pemahaman dan membentuk penerimaan para penggubal dan pelaksana dasar di peringkat persekutua­n bahawa MA63 itu bukan hanya relevan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Kerana hakikatnya, Hajiji menjelaska­n MA63 adalah sebuah dokumen milik bersama sebagai kontrak yang memeterai penubuhan Persekutua­n Malaysia dan mengikat seluruh warga Malaysia.

Dalam pada itu, Hajiji juga mengalu-alukan syor PBS agar Jawatankua­sa Dwi-Partisan Pilihan Khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) ditubuhkan sebagai susulan kepada gerak kerja yang dipengerus­ikan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry Kitingan.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Hajiji (tengah) menerima cendera kenangan daripada Maximus selepas majlis perasmian berkenaan.
TERIMA KASIH: Hajiji (tengah) menerima cendera kenangan daripada Maximus selepas majlis perasmian berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia