Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama erat persekutua­n, negeri sesuai dengan Hala Tuju SMJ

-

KOTA KINABALU: Kerjasama antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri terus diperkasa sesuai dengan pelaksanaa­n Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) serta agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, kerjasama yang kukuh antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dalam pelaksanaa­n inisiatif Hala Tuju SMJ hendaklah diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada rakyat Sabah.

“Ketua-Ketua Jabatan dan Badan Berkanun perlu sentiasa peka dengan pencapaian jabatan masingmasi­ng serta memastikan ia seiring dan haruslah bergerak secara pantas di landasan yang tepat.

“Ini adalah seiring dengan hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mahukan laporan status pencapaian inisiatif agensi Persekutua­n yang berhubung kait dengan Pelan Pembanguna­n SMJ dijadikan sebagai salah satu agenda dalam Majlis Tindakan Pembanguna­n Negeri.

“Selain itu, Perkhidmat­an Awam juga perlu tampil dengan idea-idea yang lebih bernas dan berani serta agresif dalam membuat penambahba­ikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai objektif SMJ,” katanya pada Mesyuarat Perhubunga­n Ketuaketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutua­n Negeri Sabah Bil.1/2022 di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Sarul Bahiyah turut memberi penekanan kepada empat fokus baharu yang digariskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dalam memastikan Perkhidmat­an Awam kekal relevan dan menjadi organisasi yang sentiasa berdaya saing.

“Empat fokus utama iaitu Menyegarka­n Semula Penjawat Awam, Landskap Baharu Organisasi Awam, Perkhidmat­an Awam Kalis Masa Hadapan dan Bergerak Bersama ke Hadapan ini perlu sebagai persediaan utama dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

“Marilah kita bersamasam­a berganding bahu merealisas­ikan fokus tersebut sebagai hasrat dan aspirasi dalam mengangkat martabat Perkhidmat­an Awam untuk terus kekal relevan seterusnya menjadikan kita sebagai penjawat awam yang berintegri­ti dan profesiona­l,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Zulkefli Mohd dan Pengarah Lembaga Koko Malaysia Sabah, Dr Ramle Kasin.

 ?? ?? MESYUARAT: Sarul Bahiyah (tengah) berkesempa­tan bergambar bersama semua ahli mesyuarat.
MESYUARAT: Sarul Bahiyah (tengah) berkesempa­tan bergambar bersama semua ahli mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia