Utusan Borneo (Sabah)

Joachim menang jawatan Timbalan Presiden PBS

-

KOTA KINABALU: Datuk Dr Joachim Gunsalam kini Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kuota bumiputera bukan Islam.

Beliau mengalahka­n Datuk Joniston Bangkuai dengan keputusan tipis dalam pemilihan parti kali ini.

Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang memperoleh 339 undi berbanding Joniston yang juga ADUN Kiulu memperoleh 334 undi, sementara sebanyak 65 undi rosak.

Bagaimanap­un, Joniston kemudian dilantik sebagai ketua penerangan PBS.

Dua lagi yang dilantik adalah ADUN Matunggong Julita Majungki sebagai Setiausaha Agung dan Lu Kim Yen sebagai Bendahari Agung.

Dalam pada itu, satu lagi jawatan Timbalan Presiden bagi kuota Cina dimenangi bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Seri Panglima Yee Moh Chai.

Beliau mengatasi bekas ADUN Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah dengan kelebihan 259 undi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal dan Sarawak) yang juga Presiden PBS Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili mengekalka­n jawatan presiden selepas tidak dicabar.

Seorang lagi iaitu ADUN Tamparuli Jahid Jahim turut mengekalka­n jawatan Timbalan Presiden bagi kuota bumiputera Islam selepas turut tidak dicabar.

Antara keputusan pemilihan yang lain bagi jawatan Naib Presiden adalah Arthur Sen Siong Choo, Ruslan Muharam, Mursid Mohd Rais, Hendrus Anding dan Johnny Mositun.

Ahli Majlis Tertinggi PBS terdiri daripada Johnny Goh, Kong Nyuk Thou, Lim Vun Chan, Gan En Siong, Fazidah Mohd Yassin, Kasirin Kamiran, Juin Saman, Azmi Ahmad, Omar Abdul Hakim, Peter Jino Allion, Samuil Mopun, Fredolin Totin Bangon, Stanis Buandi, Suman Yasambun, William Majimbon dan Masum Takin.

 ?? ?? JOACHIM
JOACHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia