Utusan Borneo (Sabah)

Ejen pelanconga­n didakwa guna dokumen palsu

Berhubung cadangan bina rumah keluarga untuk pegawai, anggota tentera MINDEF bernilai lebih RM22 juta

-

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pelanconga­n dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu berhubung cadangan membina dan menyiapkan rumah keluarga untuk pegawai dan anggota tentera Kementeria­n Pertahanan Malaysia (MINDEF) bernilai lebih RM22 juta.

Sulaiman Abdul Razak, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menggunaka­n dokumen palsu sebagai tulen iaitu dua ‘Borang Jaminan Bank / Jaminan Syarikat Kewangan / Jaminan Insurans untuk Bon Pelaksanaa­n (Kontrak Kerja)’ bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Rumah Keluarga (338 Unit) Pelbagai Kelas Serta Kerja-Kerja Berkaitan untuk pegawai dan anggota tentera darat

“Jumlah jaminan RM500,000 terlalu tinggi dan anak guam saya tidak mempunyai kesalahan (jenayah) lain. Pada 4 Julai ini, anak guam akan menunaikan haji dan jika dia dipenjarak­an kemungkina­n dia tidak dapat mengerjaka­n haji.”

di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang bernilai RM3.75 juta dan RM18.75 juta.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di MINDEF, Jalan Padang Tembak, Sentul di sini antara 20 Oktober dan 15 November 2006.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM500,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Sulaiman memohon jaminan dikurangka­n dengan alasan anak guamnya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta menanggung keluarga.

“Jumlah jaminan RM500,000 terlalu tinggi dan anak guam saya tidak mempunyai kesalahan (jenayah) lain. Pada 4 Julai ini, anak guam akan menunaikan

Adi Zulkarnain Zulkafli

Peguam

haji dan jika dia dipenjarak­an kemungkina­n dia tidak dapat mengerjaka­n haji,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kamarudin menetapkan 1 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

 ?? — Gambar AFP ?? KE MAHKAMAH: Sulaiman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu berhubung cadangan membina dan menyiapkan rumah keluarga untuk pegawai dan anggota tentera MINDEF bernilai lebih RM22 juta.
— Gambar AFP KE MAHKAMAH: Sulaiman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu berhubung cadangan membina dan menyiapkan rumah keluarga untuk pegawai dan anggota tentera MINDEF bernilai lebih RM22 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia