Utusan Borneo (Sabah)

106 PATI ditahan dalam Ops Gegar, Ops Sapu di Melaka

-

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan seramai 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan Ops Gegar dan Ops Sapu di tiga lokasi berasingan di sekitar bandar Melaka dan Jasin, awal pagi semalam.

Pengarah Imigresen negeri Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata dalam operasi bermula jam 11 malam di dua pusat hiburan itu, sembilan wanita terdiri daripada tujuh warga Vietnam dan dua warga Thailand berumur antara 22 hingga 37 tahun ditahan.

“Wanita warga Vietnam ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan yang sah.

“Sementara dua warga Thailand itu ditahan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) PeraturanP­eraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Anirwan berkata hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan itu mengenakan caj antara RM400 hingga RM900 semalam bergantung kepada pakej perkhidmat­an yang ditawarkan.

Dalam serbuan berasingan di kawasan rumah kongsi di tapak pembinaan di Jasin pula, Jabatan Imigeresen telah memeriksa seramai 225 warga asing.

Katanya hasil pemeriksaa­n, seramai 97 individu ditahan membabitka­n 62 lelaki warga Bangladesh dan 35 warga Indonesia termasuk empat wanita.

“Ketika serbuan terdapat pendatang yang cuba melarikan diri dan bersembuny­i dalam lori di kawasan pembinaan, namun mereka berjaya ditahan.

“Seramai 81 orang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan yang sah, manakala 16 orang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Operasi tamat pada 4 pagi semalam dan kesemua tahanan diiring kawal ke Pejabat Imigresen Melaka untuk siasatan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia