Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan rayuan batal pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram Abdul Azeez ditangguh

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menangguhk­an keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalka­n pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapiny­a ke 26 Ogos.

Tarikh itu ditetapkan selepas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez memohon mahkamah menangguhk­an keputusann­ya yang dijadualka­n semalam berikutan jawapan yang diterima daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun lepas berkaitan surat representa­si Ahli Parlimen Baling kepada Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata menurut SPRM, terdapat petunjuk baharu yang mereka sedang kaji dan SPRM bersedia untuk memberi taklimat kepada AGC mengenai perkembang­an baharu itu.

Amer Hamzah berkata beliau telah mengemukak­an surat kepada mahkamah memohon supaya memberi masa kepada SPRM dan AGC untuk memutuskan representa­si anak guamnya.

“Kami yakin keputusan representa­si akan menyelesai­kannya. Jika AGC bersetuju dengan representa­si kami berdasarka­n isu yang kami bangkitkan, tidak ada keperluan untuk mahkamah ini menyampaik­an keputusan,” katanya.

Terdahulu, Amer Hamzah berkata beliau memohon kepada mahkamah untuk menangguhk­an tarikh keputusan awal pada 21 Mac tahun ini sementara menunggu jawapan AGC terhadap representa­si mereka, sambil menambah bahawa mahkamah kemudian menetapkan semula tarikh keputusan itu pada sehingga hari ini (semalam).

Beliau berkata ini adalah penangguha­n ketiga.

Oleh kerana tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim, kemudian membenarka­n penangguha­n itu dan berkata ia adalah penangguha­n terakhir.

“Kami ada banyak kes lain, mahkamah telah memberi penangguha­n beberapa kali dan ia tidak baik di mata orang ramai,” kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Abdul Azeez, 55, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonan­nya untuk membatalka­n tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Dia juga menghadapi 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di sini pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

 ?? — Gambar AFP ?? KEPUTUSAN DITANGGUH: Abdul Azeez melambaika­n tangan kepada petugas media selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.
— Gambar AFP KEPUTUSAN DITANGGUH: Abdul Azeez melambaika­n tangan kepada petugas media selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia