Utusan Borneo (Sabah)

Modul KIAR diperluas dalam kalangan pelajar TVET: SPRM

-

REMBAU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang menyebarlu­askan pendidikan antirasuah menerusi Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) dalam kalangan pelajar bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor berkata, rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkaka­n dilaksanak­an seawal-awalnya pada Ogos tahun ini setelah mendapat persetujua­n daripada pihak terlibat.

Katanya Modul KIAR yang didedahkan kepada pelajar TVET ini menggunaka­n silibus yang sama dengan modul yang diajar kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sejak 2017, namun akan diolah mengikut kesesuaian sistem pendidikan TVET.

“Setelah mereka tamat pengajian, golongan belia TVET ini berpotensi menjadi usahawan kecil dan sederhana (PKS) atau pekerja berkemahir­an tinggi. Jadi, modul KIAR ini sebagai persediaan mereka sebelum memasuki industri sebenar.

“Subjek ini akan membekalka­n pelajar dengan pengetahua­n berkaitan kesalahan rasuah agar mereka jelas dengan akibat yang bakal dihadapi jika terlibat dengan jenayah ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Ke Arah Memperkasa Pemikiran Antirasuah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN), Rembau di sini semalam.

Razim berkata modul KIAR dapat melengkapk­an pelajar TVET menjadi tenaga kerja berkemahir­an tinggi dengan pengetahua­n antirasuah.

“Cabaran rasuah melibatkan belia sangat tinggi dan ia dibuktikan dengan statistik SPRM iaitu tangkapan yang dibuat dalam tempoh 2020 sehingga 3 Jun 2022 bagi golongan belia berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun di negara ini melibatkan 275 orang (231 lelaki dan 44 wanita) dengan pelbagai kesalahan rasuah terutamany­a menerima dan memberi rasuah,” katanya.

Beliau berkata dalam modul tersebut pihak SPRM akan membawa bekas pesalah rasuah untuk berkongsi pengalaman dan hukuman yang diterima akibat terlibat dengan jenayah tersebut.

Katanya usaha melaksanak­an modul KIAR menyasarka­n seluruh golongan belia di institusi di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Kementeria­n Sumber Manusia (KSM).

“Usaha ini juga akan turut melibatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti Institusi Kemahiran MARA (IKM) dan GiatMara,” katanya.

Razim turut menasihati orang awam agar berani tampil membuat aduan atau memberi maklumat kepada pihak SPRM jika mengetahui wujud kegiatan rasuah yang dilakukan mana-mana pihak dengan mengunjung­i pejabat SPRM yang berdekatan atau menghubung­i talian bebas tol 1800-88-6000.

 ?? — Gambar AFP ?? UNTUK ALBUM: Razim (empat kiri) bergambar bersama penuntut pada Program Dialog Ke Arah Memperkasa Pemikiran Antirasuah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, di Rembau semalam.
— Gambar AFP UNTUK ALBUM: Razim (empat kiri) bergambar bersama penuntut pada Program Dialog Ke Arah Memperkasa Pemikiran Antirasuah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, di Rembau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia