Utusan Borneo (Sabah)

Pembiayaan insurans kenderaan untuk penjawat awam dilancar

myezycover.com yang boleh dimanfaatk­an oleh kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf kontrak dilaksanak­an secara dalam talian

-

“Melalui myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaha­rui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota Perlindung­an Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit.”

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover. com, yang berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarka­n semalam untuk penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.

Menghuraik­an mengenai myezycover.com itu, Ismail Sabri berkata ia bercirikan kemudahan pembaharua­n polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus dengan bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan boleh dibuat melalui

Dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, myezycover.com yang boleh dimanfaatk­an oleh kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf kontrak, dilaksanak­an secara dalam talian serta turut menawarkan pelbagai manfaat untuk melindungi kenderaan daripada kemalangan serta bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

“Melalui myezycover. com, penjawat awam boleh memperbaha­rui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota Perlindung­an Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit,” kata Ismail Sabri ketika melancarka­n myezycover.com itu di sini semalam.

Program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com itu telah diumumkan Ismail Sabri pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja 2022 bertemakan ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’.

Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA).

Beliau berkata penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim pembiayaan insurans itu dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.

“Inisiatif ini tidak berorentas­ikan komersial semata-mata. Apa yang paling penting, ia dapat membantu merealisas­i konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaa­n, yang menjadi tanda aras komitmen dan kesungguha­n kerajaan.

“Pada masa yang sama, usaha ini dapat membantu pegawai kerajaan mengurangk­an tekanan kewangan, setiap kali mereka memperbaha­rui insurans kenderaan dan cukai jalan,” katanya.

“Program ini jelas membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam, selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikber­atkan nilai keterangku­man, kebersamaa­n dan kesyukuran,” katanya dan menambah kerajaan amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh Keluarga Malaysia termasuk penjawat awam akibat pandemik COVID-19.

“Kini kita berada dalam Fasa Peralihan Ke Endemik dan ekonomi Malaysia menunjukka­n ke arah pertumbuha­n positif.

“Namun, Keluarga Malaysia sedang berhadapan cabaran kos sara hidup akibat ketidakten­tuan geopolitik dan perubahan iklim. Ini termasuk konflik Russia-Ukraine yang dijangka berlarutan sehingga memberi kesan kepada pasaran komoditi makanan, bahan api serta gangguan rantaian bekalan,” katanya.

Ismail Sabri berkata hakikat tersebut turut memberi kesan kepada penjawat awam khususnya dalam kumpulan perkhidmat­an sokongan, yang selama ini menyokong cita-cita kerajaan, teguh berdiri sebagai tulang belakang pentadbira­n negara dalam apa jua keadaan mahupun rintangan.

“Menyedari hakikat Keluarga Malaysia khususnya penjawat awam berdepan dengan cabaran kelangsung­an hidup dalam pasca pandemik, kerajaan telah merangka dan merealisas­ikan pelbagai program serta inisiatif, bagi meringanka­n beban hidup mereka,” katanya.

Program pembiayaan insurans kenderaan myezycover.com itu merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementeria­n Sumber Manusia dan swasta, yang dimeterai oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan A Tech Insure Sdn Bhd.

Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa menyambut baik pelaksanaa­n projek secara kerjasama sektor awam swasta dalam semua bidang terutama yang memberikan impak positif serta manfaat besar kepada negara dan Keluarga Malaysia.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam ucapannya berkata idea mewujudkan myezycover.com itu timbul selepas pihaknya membuat kaji selidik mengenai kedudukan kewangan penjawat awam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil kajian, kita (Kementeria­n Sumber Manusia) telah kenal pasti dua isu yang dihadapi penjawat awam golongan B40 dan M40. Mereka tidak mempunyai sebarang simpanan dan tiada jaringan keselamata­n PERKESO,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr Abdul Fatah Abdullah dan Pengerusi A Tech Insure Sdn Bhd Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ismail Sabri menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi A Tech Insure Sdn Bhd, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah (dua, kanan) pada majlis pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ismail Sabri menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi A Tech Insure Sdn Bhd, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah (dua, kanan) pada majlis pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia