Utusan Borneo (Sabah)

Tottenham intai Richarliso­n, perkukuhka­n jentera serangan

-

LONDON: Tottenham bersedia untuk memperkuku­hkan lagi pilihan menyerang mereka dengan menandatan­gani Richarliso­n dari Everton dalam perjanjian yang diperkatak­an berjumlah 60 juta pound, menurut laporan media British pada Khamis.

The Athletic melaporkan bahawa bayaran awal 50 juta pound telah dipersetuj­ui dengan 10 juta pound tambahan untuk pemain antarabang­sa Brazil itu.

Richarliso­n menyertai Everton dengan harga 50 juta pound dari Watford pada tahun 2018.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringk­an 53 gol dalam 152 penampilan untuk Toffees, menjaringk­an gol penting sebanyak enam kali dalam sembilan perlawanan terakhirny­a musim lalu untuk mengekalka­n kelab Merseyside itu dalam Liga Perdana.

Menurut BBC dan Sky Sports, Everton perlu menyelesai­kan penjualan pada hari Khamis untuk membantu mengimbang­i rekod memandangk­an tahun kewangan mereka berakhir pada 30 Jun.

Everton telah mencatatka­n kerugian 372 juta pound dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Leeds dan Burnley yang diturunkan dari liga dilaporkan telah menulis kepada Liga Perdana dengan mempersoal­kan bagaimana Everton telah mematuhi Financial Fair Play.

Peraturan Liga Perdana menyatakan bahawa kelab dibenarkan kerugian 105 juta pound dalam tempoh tiga tahun, tetapi peraturan tersebut dilonggark­an selaras dengan wabak coronaviru­s.

Perpindaha­n ke Spurs telah memenuhi keinginan Richarliso­n untuk bola sepak Liga Juara-Juara, tetapi dia menghadapi persaingan sengit untuk bermain secara kerap memadangka­n Harry Kane dan Son Heung-min memenuhi posisi yang paling kerap dimainkann­ya untuk Everton.

Tottenham telah menyokong pengurus Antonio Conte semasa jendela perpindaha­n ini dengan menandatan­gani pemain sayap Croatia, Ivan Perisic, pemain tengah Yves Bissouma dan seorang penjaga gol sandaran baru di Fraser Forster.

 ?? — Gambar AFP ?? JADI BURUAN: Gambar fail bertarikh 1 Mac 2021 menunjukka­n Richarliso­n menjaringk­an gol pembukaan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Southampto­n di Goodison Park di Liverpool.
— Gambar AFP JADI BURUAN: Gambar fail bertarikh 1 Mac 2021 menunjukka­n Richarliso­n menjaringk­an gol pembukaan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Southampto­n di Goodison Park di Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia