Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu terus peka ancaman aedes

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Masyarakat setempat dinasihatk­an agar tidak mengabaika­n aspek kebersihan di kawasan komuniti masing-masing kerana ia mampu membawa risiko penyakit berbahaya.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, walaupun masih memerangi penularan wabak pandemik COVID-19, masyarakat perlu diingatkan bahawa penyakit denggi yang dibawa nyamuk aedes turut membawa ancaman besar kepada nyawa.

“Kita mungkin sedikit lupa dengan ancaman denggi memandangk­an kita terlalu berwaspada dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Perlu diingatkan kawasan tempat kita tinggal terdedah dengan penyakit-penyakit ini sekiranya kurang kesedaran.

“Tahun lepas, Sabah mencatatka­n 1,763 kes denggi dan daripada jumlah itu, lima kematian direkodkan. Angka itu mungkin kecil berbanding COVID-19, ia sesuatu yang perlu kita bimbang dan jangan diambil ringan.

“Perlu diingatkan penyakit denggi ini adalah penyakit yang sangat berbahaya kerana ia juga membawa kepada risiko kematian, justeru saya percaya program perangi aedes ini adalah satu langkah tepat untuk dilaksanak­an dalam setiap komuniti,” katanya ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Keningau 2022 di Kampung Bunga Raya, barubaru ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut memuji semua pihak yang terlibat khususnya masyarakat setempat yang hadir menjayakan program demi kesejahter­aan bersama.

Katanya, program itu bukan sahaja berupaya meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang kepentinga­n kebersihan persekitar­an tetapi juga secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan yang disertai oleh masyarakat berbilang kaum dan agama.

 ?? ?? ALBUM: Robert (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang terlibat dalam program berkenaan.
ALBUM: Robert (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang terlibat dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia