Utusan Borneo (Sabah)

77 graduan tingkatan enam SM All Saints berjaya tamatkan persekolah­an

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Seramai 77 graduan tingkatan enam Sekolah Menengah All Saints berjaya diraikan dalam satu majlis graduasi yang diadakan di sini, barubaru ini.

Pengetua SM All Saints Dr Mary Gambidau berkata, selepas tiga semester kini tiba masanya untuk pelajarpel­ajar tingkatan enam, sesi 2020/2021 untuk memakai jubah graduasi mereka serta mengucapka­n selamat tinggal kepada sekolah.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada para pelajar dan berharap segala ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh pembelajar­an di sekolah berkenaan mampu dijadikan panduan di masa hadapan.

“Jadilah pemimpin masa depan yang dinamik serta berkualiti tinggi. Saya juga berharap pelajar tingkatan enam sekolah ini mampu mencapai keputusan peperiksaa­n yang cemerlang seterusnya mendapat tempat ke institusi pendidikan tinggi di dalam dan luar negara,” katanya.

Mengimbau kembali katanya, SM All Saints kini berusia 119 tahun dan sesi tingkatan enam pertama di sekolah ini bermula pada tahun 1962. Majlis ini merupakan Majlis Graduasi Tingkatan Enam yang ke-18 sejak tahun 2004.

Dalam majlis berkenaan, seramai 22 pelajar dianugerah­kan Anugerah Rekod Kehadiran Terbaik.

Anugerah lain yang turut disampaika­n ialah Anugerah Kokurikulu­m Terbaik (Lim Chiew Yee), Anugerah Pelajar Sains Terbaik (Christy Chong Ka Yee) dan Anugerah Pelajar Sains Sosial Terbaik (Gee Meng Sang).

Kemuncak majlis adalah penyampaia­n Anugerah Pelajar Tingkatan Enam Terbaik Keseluruha­n SM All Saints 2022, atau lebih dikenali sebagai Anugerah Pengetua, kepada Christie Soo Kah Wai.

 ?? ?? CEMERLANG: (Berdiri dari kiri) Penolong Kanan Tingkatan 6 Azzuhri Busu Leman, Mary dan Soo Kah Wai merakamkan gambar kenangan.
CEMERLANG: (Berdiri dari kiri) Penolong Kanan Tingkatan 6 Azzuhri Busu Leman, Mary dan Soo Kah Wai merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia