Utusan Borneo (Sabah)

Penetapan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam, telur dibuat dengan teliti

-

PUTRAJAYA: Keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahter­aan semua peringkat rakyat dalam menghadapi masa sukar peningkata­n kadar inflasi seluruh dunia yang turut melanda Malaysia, kata Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ia termasuk penternak, pembekal, peruncit dan pengguna terutama golongan B40 dan M40, menurut kementeria­n itu dalam kenyataan semalam.

Kerajaan menetapkan harga siling baharu di Semenanjun­g Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM9.40 sekilogram, manakala harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji), berkuat kuasa hari ini (1 Julai) untuk tempoh dua bulan.

Harga siling ayam di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan juga berkuat kuasa semalam untuk tempoh dua bulan iaitu RM9.90 sekilogram di Langkawi, RM11 hingga RM11.30 di Sabah, RM9.80 hingga RM12.90 di Sarawak dan RM11.30 di Labuan.

Bagi telur ayam pula, harga gred A ditetapkan pada 47 sen sebiji di Sarawak kecuali Limbang dan Lawas pada 49 sen sebiji, gred B (45 sen hingga 48 sen sebiji), gred C (43 sen hingga 46 sen sebiji); di Sabah pada 50 sen hingga 51 sen sebiji bagi gred A, gred B (49 sen hingga 50 sen sebiji) dan gred C (48 sen hingga 49 sen sebiji).

Di Labuan pula, harga telur gred A ditetapkan pada 51 sen sebiji, gred B (50 sen sebiji) dan gred C (49 sen sebiji).

KPDNHEP berkata harga siling baharu itu adalah manifestas­i keprihatin­an kerajaan untuk membantu mengurangk­an bebanan kos sara hidup rakyat semua peringkat di samping mengekalka­n tahap nutrisi dan kesihatan keluarga Malaysia untuk mendapatka­n sumber protein yang diperlukan.

“Dengan pelaksanaa­n harga siling baharu ini, kerajaan telah memperuntu­kkan sejumlah RM369.5 juta menjadikan jumlah keseluruha­n subsidi pukal untuk ayam dan telur adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022,” kata KPDNHEP.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjun­g Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram, dan harga maksimum telur ayam gred A ditetapkan pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia