Utusan Borneo (Sabah)

Program Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis: DBKL

-

KUALA LUMPUR: Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat kelmarin akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahba­ikan diperkenal­kan mulai bulan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata antara penambahba­ikan termasuk bayaran fi lesen, penetapan waktu operasi perniagaan dan penyusunan atau pemindahan penjaja bagi mengatasi isu seperti halangan lalu lintas, kebersihan dan pembinaan struktur kekal.

Pihak Berkuasa Tempatan itu berkata, setiap penjaja akan dikenakan bayaran fi pembaharua­n lesen sebanyak RM20 sebulan dan caj perkhidmat­an RM30 sebulan bertujuan menampung kos kerja pembersiha­n dan pengurusan.

“Waktu operasi perniagaan pula dihadkan dua sesi berbanding sepanjang hari sebelum ini bagi mengawal keadaan di tapak dan bagi memudahkan kerja pembersiha­n.

“Peniaga boleh memilih satu sesi sahaja tertakluk kesesuaian lokasi sama ada sesi satu yang bermula jam 7 pagi hingga 7 petang atau sesi dua bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam,” menurut DBKL dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut DBKL, pemegang Lesen Sementara KL Prihatin diberi tempoh mulai sekarang hingga 15 Julai ini untuk mengemukak­an permohonan pembaharua­n secara dalam talian melalui laman sesawang DBKL atau hadir ke Kaunter Lesen Berpusat Jabatan Pelesenan dan Pembanguna­n Perniagaan.

Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman sesawang di https://elesen.dbkl.gov.my/ mulai 1 Ogos hingga 15 Ogos ini dan pemegang lesen dikehendak­i menjelaska­n bayaran fi lesen dan mencetak lesen sekiranya lulus.

Bagaimanap­un, DBKL berkata pembaharua­n lesen aktiviti perniagaan barangan basah tidak dibenarkan dan peniaga dikehendak­i mengemukak­an permohonan masuk ke pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan pasar DBKL atau menukar jenis jualan selewat-lewatnya 30 Sept depan.

Mengenai penyusunan dan pemindahan penjaja, DBKL memaklumka­n penjaja di lokasi terlibat aduan atau kacau ganggu akan disusun atau dipindah tertakhluk kepada kekosongan antaranya di Pusat Penjaja; Pasar Berbanguna­n DBKL; pasar malam atau pasar terbuka sedia ada dan penempatan semula penjaja di lokasi dibenarkan DBKL.

“Penambahba­ikan yang dilakukan bagi memastikan program WBB dapat diteruskan secara holistik untuk jangka masa panjang bagi memastikan permasalah­an dapat diselesaik­an supaya warga kota dan peniaga mendapat manfaat bersama dalam Keluarga Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia