Utusan Borneo (Sabah)

Lee Nyap Group Sdn Bhd buka cawangan baharu di Kiaburi Plaza

-

RANAU: Lee Nyap Group Sdn. Bhd kini membuka satu lagi cawangan baharu yang terletak di Kiaburi Plaza di sini.

Ia adalah premis keempat yang mana sebelum ini kedai berkenaan dibuka di pekan ini dan di bangunan pekan baharu.

Pengurus Syarikat bagi daerah Ranau Kapitan Datuk Jimmy Tham Nyuk Leong berkata, matlamat pewujudan kedai ke empat itu adalah selaras dengan matlamat mewujudkan situasi menang-menang bagi mencapai kemajuan serta meningkatk­an potensi syarikat.

Katanya, ia juga menyediaka­n kemudahan kepada pengguna bagi membuat pilihan serta perbanding­an kos, masa serta harga yang lebih bersaing.

“Ia juga salah satu matlamat syarikat untuk sentiasa membantu kerajaan dalam menyampaik­an bantuan kepada golongan memerlukan.

“Penambahan cawangan perniagaan ini sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain latihan berkaitan dalam bidang alat ganti automotif,” katanya.

Jimmy yang juga Pengerusi Persatuan Hakka Ranau dan Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau berkata, syarikat itu sebelum ini dikenali sebagai Lee Nyap Group.

Katanya, penjenamaa­n semula kepada Lee Nyap Group Sdn. Bhd adalah bertujuan mencapai kemajuan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Saya berterima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini terutamany­a Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang sudi merasmikan pelancaran kedai baharu ini.

“Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin yang turut hadir,” katanya.

Masidi ketika berucap memuji syarikat itu yang berjaya membuka satu lagi cawangan di Kiaburi Plaza.

“Tahniah atas kejayaan mewujudkan kedai baharu dan sudah pasti ini akan memberi peluang kepada pelanggan membuat pilihan terbaik,” katanya.

Beliau turut memuji inisiatif syarikat itu menghulurk­an sumbangan kepada lapan sekolah rendah (10 orang dari setiap sekolah) yang berdaftar dengan e-kasih menerima bantuan RM300 setiap seorang.

Masidi berharap lebih banyak syarikat mencontohi inisiatif berkenaan dalam usaha membantu golongan memerlukan.

 ?? ?? RASMI: Masidi (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an Jonathan (empat kanan) dan Jimmy (empat kiri) serta tetamu kehormat lain.
RASMI: Masidi (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an Jonathan (empat kanan) dan Jimmy (empat kiri) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia