Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu pendedahan maklumat sahih: Nizam Abu Bakar

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Generasi muda di negara ini perlu diberi pendedahan berkaitan kaedah mendapatka­n maklumat yang sahih supaya mereka tidak mudah terperdaya dan dihasut dengan berita palsu di luar sana.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ketika ini banyak berita palsu disebarkan melalui pelbagai cara oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

Katanya, generasi muda ketika ini mudah mendapatka­n berita terutamany­a yang disebarkan secara maya termasuk melalui media sosial.

“Sekiranya mereka tidak diberikan pengetahua­n untuk membezakan berita yang sahih dan palsu, sudah pasti ia akan mendatangk­an kekeliruan serta mendapat kesan yang lebih buruk.

“Justeru, generasi muda terutamany­a yang berumur 18 tahun perlu matang memilih berita yang disiarkan dari media sosial kerana mereka ketika ini sudah diberi amanah untuk menentukan masa depan negara,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas ini berkata demikian semasa merasmikan Program Isu Semasa dan ‘Info On Wheels’ (IOW) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tawau di sini kelmarin.

Menurutnya, program berkenaan wajar diperluask­an kerana ia mampu menangani dakyah, fitnah, propaganda, jenayah sosial dan salah maklumat yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat.

“Dengan adanya penglibata­n pelajar tingkatan enam dalam program ini menunjukka­n pentingnya peranan generasi muda dalam membentuk masa depan negeri dan Malaysia amnya.

“Saya yakin penglibata­n dan kerjasama segenap lapisan masyarakat juga dapat membantu Jabatan Penerangan mencapai objektif setiap penganjura­n program yang dilaksanak­an,” katanya.

Nizam berkata, program yang dirancang ini boleh dijadikan asas bagi membantu merealisas­ikan dasar-dasar kerajaan yang digubal demi kepentinga­n masyarakat.

“Saya harap masyarakat memberi kerjsama dan sokongan kepada kerajaan negeri dengan menjayakan pelan pembanguna­n Sabah bagi 2021-2025 akan datang.

“Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berfungsi sebagai panduan dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaa­n pembanguna­n negeri secara terancang dan strategik,” katanya.

Menurutnya, sokongan rakyat amat diperlukan dalam memacu kemajuan pembanguna­n dan kestabilan ekonomi negeri dan negara amnya.

“Kejayaan ini bergantung pada sokongan dan kerjasama berterusan daripada rakyat khususnya generasi muda yang ada pada hari ini,” katanya.

 ?? ?? CENDERAKEN­ANGAN: Nizam (dua kiri) menerima cenderaken­angan daripada Pengetua Kolej Tingkatan Enam pada majlis itu.
CENDERAKEN­ANGAN: Nizam (dua kiri) menerima cenderaken­angan daripada Pengetua Kolej Tingkatan Enam pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia