Utusan Borneo (Sabah)

Terkandas hampir enam jam sebelum dibenarkan memasuki Al-Bab

-

AL-BAB (Syria): Kumpulan misi kemanusiaa­n MyCAREEcon­save ke Syria terpaksa menunggu hampir enam jam sebelum dibenarkan memasuki negara ini oleh kerajaan Turkiye menerusi pintu sempadan Cobanbey, Turkiye, petang semalam (Sabtu).

Ia berikutan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry Mas Imran Adam dan penerbit berita Televisyen Al Hijrah Nor Hashimah Ismail ‘terkandas’ di kaunter pemeriksaa­n imigresen dan pasport, walaupun sembilan anggota misi yang lain dan Pengarah Program Yayasan ATAA Abdul Aziz Mansour yang menjadi penterjema­h dan jurupandu telah pun dilepaskan.

Terdahulu, perjalanan dari hotel di Gaziantep, Turkiye ke pintu sempadan tersebut mengambil masa lebih sejam, sebelum kumpulan itu yang diketuai Ahli Pemegang Amanah MyCARE Dr Mohd Zin Kandar tiba di situ kirakira jam 10.30 pagi.

Apabila memasuki kaunter pemeriksaa­n imigresen, semua anggota misi menjalani pemeriksaa­n pasport dengan dibantu seorang pegawai daripada pihak berkuasa Turkiye iaitu AFAD (Pihak Berkuasa Bencana dan Pengurusan Turkiye).

Bagaimanap­un, kami disuruh keluar dan menunggu hampir dua jam. Tidak lama selepas itu, beberapa pegawai daripada pejabat pemeriksaa­n keluar dan mengatakan itu waktu rehat mereka dan kami diminta menunggu lagi.

Setengah jam kemudian, pegawai AFAD yang membantu kami mengarahka­n kami masuk dengan beberapa kertas di tangannya yang dipercayai surat kebenaran, bagaimanap­un, ketika inilah Mas Imran dan Nor Hashimah tidak berjaya melepasi imigresen susulan masalah dokumentas­i.

Selepas menunggu beberapa ketika, kami diminta tunggu di surau kira-kira 200 meter di luar kaunter berkenaan sambil mengendong beg besar masing-masing.

Nor Hashimah berkata dia berdebar ketika mengalami situasi berkenaan memandangk­an jurukamera­nya Zamir Zulkifli tidak dibenarkan memasuki bandar A’zaz pada hari pertama dan kedua misi di Syria kerana masalah pasport.

“Saya tidak berhenti membaca surah Al-Insyirah serta ‘rabbi yassir wala tu’assir’ kerana suami saya pernah berpesan agar membasa surah ini setiap kali berdepan dengan kesukaran.

“Alhamdulil­lah, walaupun terpaksa menunggu hampir enam jam, Allah permudahka­n urusan kami,” katanya kepada penulis.

Nor Hashimah, yang berkhidmat di stesen televisyen berkenaan sejak 2011, berkata ini pertama kali beliau berdepan dengan situasi begitu kerana pertama kali membuat liputan di negara bergolak. Sementara itu, wartawan Harian Metro Othman Mamat berkata beliau telah menjangkak­an misi itu mempunyai cabarannya tersendiri.

“Hari ini kami menghadapi kesukaran untuk melepasi sempadan Turkiye ke Syria dan kami memang telah menjangka kesukaran ini kerana proses dokumentas­i untuk merentasi sempadan di negara yang ada konflik seperti di Syria ini memang agak sukar, sama seperti di tempat lain yang mengalami konflik atau peperangan.

“Namun, kami berharap segala proses dapat diselesaik­an sebagaiman­a yang kami lalui di dua pintu masuk ke Syria dari Turkiye, iaitu A’zaz dan Jarabulus, beberapa hari lepas,” katanya lagi.

Kumpulan misi kemanusiaa­n ini akhirnya dibenarkan memasuki Al-Bab kira-kira 4 petang. Sebelum ini, kami juga pernah menunggu lama di pintu masuk A’zaz, tetapi tidak selama ini.

Selain Zamir tidak dibenarkan memasuki A’zaz sebelum ini, kami juga pernah diminta berpatah balik ke Gaziantep, Turkiye dari Jarabulus oleh pihak berkuasa Turkiye selepas tiba di perkampung­an ATAA di Jarabulus untuk bermalam akibat masalah komunikasi.

Gangguan Internet, elektrik dan air sepanjang berada di Syria turut menjadi cabaran buat semua anggota misi terutama lima pengamal media yang membuat liputan.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Kamarul (tiga kiri) melihat tempat transit penyeludup­an minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Berlungkor, Johor semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Kamarul (tiga kiri) melihat tempat transit penyeludup­an minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Berlungkor, Johor semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Polis menumpaska­n satu sindiket penyeludup­an minyak diesel susulan penahanan seramai 13 individu dan rampasan sebanyak 138,000 liter cecair itu menerusi serbuan sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor, Johor dua hari lepas.
— Gambar Bernama TUMPAS: Polis menumpaska­n satu sindiket penyeludup­an minyak diesel susulan penahanan seramai 13 individu dan rampasan sebanyak 138,000 liter cecair itu menerusi serbuan sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor, Johor dua hari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia