Utusan Borneo (Sabah)

Resepsi perkahwina­n Ras Adiba dan suami berlangsun­g meriah

-

PORT DICKSON: Resepsi perkahwina­n Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan suaminya Mohamed Azam Ali berlangsun­g dalam suasana penuh meriah di Pacific Regency Beach Resort di sini kelmarin.

Berkonsepk­an serba putih, majlis itu diadakan di luar pekarangan hotel berhampira­n pantai dengan dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat.

Bekas personalit­i penyiaran berusia 54 tahun itu telah bernikah dengan Mohamed Azam, yang juga ahli perniagaan, pada 2 Jun lepas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI).

Ras Adiba merupakan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Presiden Persatuan OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuan­g hak Orang Kurang Upaya (OKU).

“Alhamdulli­lah, kami dapat bersama dan disatukan, kali ini majlis dapat diadakan dengan kehadiran keluarga dan sahabat serta rakan media, saya juga bersyukur majlis dapat diadakan di kampung ayah saya di Negeri Sembilan.

“Lebih menarik adalah ramai kakitangan Bernama yang masih berkhidmat dan bersara hadir menyerikan majlis, mereka datang memberikan sokongan kepada saya dan suami, saya sangat berbesar hati, inilah silaturahi­m yang mesti diteruskan,” katanya.

Mohamed Azam, 60, juga menzahirka­n rasa syukur apabila majlis resepsi berlangsun­g dengan meriah dan berdoa agar pernikahan itu kekal selama-lamanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters serta petugas Bernama.

Bekas personalit­i penyiaran seperti Zakiah Anas turut hadir dan majlis dimeriahka­n dengan persembaha­n penyanyi Datuk M. Nasir serta Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia