Utusan Borneo (Sabah)

Barca tidak berhasrat untuk jual De Jong

-

BARCELONA: Presiden kelab La Liga Sepanyol Barcelona, Joan Laporta, menegaskan kelab tidak berhasrat untuk menjual pemain buruan Manchester United, Frenkie de Jong pada musim panas ini.

Sumber memberitah­u penyiaran ESPN awal minggu ini bahawa United sudah bersetuju dengan yuran awal perpindaha­n bernilai 65 juta euro untuk pemain tengah antarabang­sa Belanda itu, walaupun ia difahamkan bahawa masih ada “isu penting” yang perlu ditangani.

De Jong, 25, adalah pemain buruan utama pengurus baharu United, Erik ten Hag pada musim panas ini tetapi pemain itu juga menjadi buruan kelab lain.

“Frenkie de Jong adalah pemain Barcelona dan dia dianggap salah seorang pemain terbaik di dunia,” kata Laporta kepada wartawan pada Sabtu. “Kami tahu kelab lain mahu khidmatnya, bukan hanya Manchester United dan kami tidak berhasrat untuk menjualnya. Saya merasakan bahawa pemain mahu terus kekal.

“Dia gembira di Barca dan saya akan melakukan segalagala yang saya boleh untuk mengekalka­n Frenkie.”

De Jong berada dalam kontrak bersama Barca sehingga Jun 2026 dan sudah berkata secara terbuka bahawa dia mahu terus kekal di Camp Nou.

Barca membayar Ajax Amsterdam 75 juta euro untuk membawa De Jong ke Sepanyol dengan tambah potensi nilai 11 juta euro.

United mahu memperkuat­kan barisan tengah mereka selepas perpindaha­n Paul Pogba dan Nemanja Matic pada akhir musim lepas. Matic menyertai AS Roma tanpa yuran perpindaha­n sementara Pogba dijangka akan kembali menyertai Juventus.

Barca menjual 10 peratus hak penyiaran domestik mereka kepada Sixth Street minggu lepas untuk sejumlah 207.5 juta euro dan sumber memberitah­u ESPN pada Jumaat lalu bahawa mereka berharap untuk menjual 15 peratus lagi hak penyiaran dalam usaha untuk mengurangk­an lagi beban kewangan mereka dan mengumpul

200 juta euro untuk urusan pembelian pemain baharu.

Hutang kasar Barca masih pada sekitar 1 bilion euro dan mereka kini beroperasi dalam had gaji La Liga berjumlah 144 juta, yang merupakan satu-satu had negatif dalam liga. Had ini akan dikemaskin­i pada lewat musim panas ini.

Barca berdepan saingan sengit untuk mendapatka­n pemain sayap antarabang­sa Brazil, Raphinha dari Leeds United pada musim panas ini.

Chelsea dilaporkan bersedia membayar 60 juta pound untuk Raphinha sementara Tottenham Hotspur juga memantau situasi. “Kami sudah bercakap dengan Leeds,” kata Laporta. “Kami tahu dia adalah seorang pemain yang mahu datang ke Barca tetapi ada kelab lain yang turut berminat,” jelas Laporta yang menambah bahawa kemungkina­n kehadiran Raphinha ke Camp Nou tidak akan menghalang Barca untuk cuba mengekalka­n Ousmane Dembele di kelab. Kontrak semasa Dembele di Barca berakhir bulan dan dia kini ejen bebas, bermakna dia boleh berpindah tanpa yuran perpindaha­n namun kelab masih berunding untuk melanjutka­n kontraknya.

Jurulatih Barca, Xavi, mengagumi Dembele, yang menjaringk­an dua gol dan mengumpan lebih 13 gol dari 32 penampilan dalam semua pertanding­an pada musim lepas.

Laporta tidak menolak Dembele menandatan­gani kontrak baharu walaupun pemain antarabang­sa Perancis itu sudah menolak semua tawaran lanjutan kontrak.

Barca juga memburu penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i dan membuat tawaran ketika pada minggu lalu dengan pakej keseluruha­n bernilai lebih 40 juta euro.

“Kami tahu dia (Lewandowsk­i) secara terbuka mahu datang ke Barca dan kami berasa terharu tetapi kami amat menghormat­i Bayern Munich, salah satu kelab terbaik di dunia,” tambah Laporta.

 ?? ?? DE JONG
DE JONG
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia