Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan Maximus demi rakyat Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Tindakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili mendedahka­n parti komponen Barisan Nasional (BN) menggunaka­n pengundi hantu untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) adalah untuk bersuara bagi pihak rakyat Sabah.

Bagaimanap­un, tindakanny­a itu dilabel sebagai ‘gila’ dan tidak bersyukur kerana bersuara bagi pihak rakyat Sabah mengenai ‘dosa’ lampau salah satu parti komponen BN.

Setiausaha Politik kepada Maximus, Jonnybone Kurum berkata, pendedahan terbabit turut mendapat reaksi daripada pemimpin BN di negeri ini termasuk Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang menganggap­nya tidak berterima kasih, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak melabelnya sebagai gila.

“Beliau (Maximus) hanya bercakap berdasarka­n fakta yang ditulis dalam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran ramai pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

“Bagi kami, tidak mengapa dia digelar ‘gila’ kerana bercakap bagi pihak rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Terdahulu, Maximus membangkit­kan isu pengundi hantu berkenaan dalam ucapannya semasa Kongres Perwakilan Tahunan PBS Kali Ke-36 dan Ke-37 barubaru ini.

Jonnybone berkata, Presiden

PBS mendedahka­n ‘dosa’ lalu BN dan pengkhiana­tannya terhadap perlembaga­an dan hak.

“Ya, kami sebahagian daripada BN ketika itu, tetapi kami pernah menyuaraka­n pendirian dan membuat aduan, malah memberikan cadangan, tetapi semuanya tidak pernah diendahkan.

“Seperti yang ditegaskan oleh presiden semasa kongres, sudah tiba masanya untuk membetulka­n masa lalu dan sekali gus menyelesai­kan ancaman PTI di Sabah,” jelasnya.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin UMNO (Bung dan Salleh) tidak seharusnya terlalu beremosi dengan kenyataan Maximus itu.

Katanya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mendedahka­n dalam media sosial bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed adalah dalang di sebalik ‘Projek IC’ iaitu istilah yang biasa digunakan untuk menggambar­kan pengeluara­n dokumen pengenalan palsu di Sabah.

“Beliau (Najib) mengakui bahawa parti yang terlibat sememangny­a UMNO yang diketuai oleh Tun Mahathir ketika itu. Tindakan berkenaan juga disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga timbalan Mahathir. Kedua-dua pemimpin ini meninggalk­an UMNO untuk mengetuai parti politik mereka sendiri.

“Justeru, apa sahaja yang diperkatak­an oleh presiden kita mengenai isu itu bukannya dibuat-buat. Semuanya berdasarka­n fakta, dan kami mempunyai laporan RCI untuk menyokong kenyataan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia