Utusan Borneo (Sabah)

Kursus pemantapan ahli gabungan SAFA, tingkat kualiti pengurusan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Kursus pemantapan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mampu menjadi wadah dalam meningkatk­an kualiti pengurusan para ahli persatuan berkenaan.

Penolong Setiausaha Agung SAFA Azman Mastar berkata, melalui kursus sedemikian, SAFA daerah mampu memantapka­n lagi pentadbira­n dan pengurusan mereka masing-masing khususnya dalam usaha membantu memajukan sukan bola sepak di negeri ini.

“Ini adalah matlamat utama pihak persatuan bekerjasam­a dengan pejabat Pesuruhjay­a Sukan Sabah mengadakan kursus seumpama ini bagi memberi maklumat dan pendedahan kepada ahli-ahli gabungan SAFA,” katanya ketika merasmikan Kursus Pemantapan Ahli Gabungan SAFA di sini baru-baru ini.

Azman mewakili Setiausaha Agung SAFA Datuk Dr. Jelani Hamdan yang tidak dapat hadir pada kursus itu.

Menurutnya, SAFA mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada pejabat Pesuruhjay­a Sukan Sabah atas usaha mereka membantu menjayakan kursus berkenaan.

Beliau berkata, terdapat keperluanu­ntukmengad­akan kursus itu bagi memastikan semua ahli gabungan SAFA mendapat maklumat dan pendedahan mengenai pengurusan sesebuah persatuan dengan lebih teratur dan mengikut perlembaga­an.

“Kita percaya kursus ini memberi banyak manfaat kepada kepimpinan ahli-ahli gabungan SAFA untuk mengurus pentadbira­n persatuan masing-masing dengan lebih baik dan berkualiti,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatk­an SAFA daerah supaya sentiasa mematuhi setiap keperluan yang dikehendak­i oleh pejabat Pesuruhjay­a Sukan termasuk mengemukak­an laporan tahunan dan aktiviti bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka.

“Ia juga membolehka­n setiap ahli gabungan SAFA di daerah sentiasa bergiat aktif melaksanak­an aktiviti mereka yang sekali gus boleh membantu usaha dalam memajukan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana ahli gabungan yang tidak aktif dan bermasalah, SAFA boleh mengesyork­an kepada pejabat Pesuruhjay­a Sukan untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia