Utusan Borneo (Sabah)

SK Tanjung Aru juara Merentas Desa MSSWP Labuan 2022

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru (SKTA) melakar rekod baharu dalam acara Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) selepas dinobatkan sebagai juara.

Acara berkenaan berlangsun­g di Padang Majal Pohon Batu di sini baru-baru ini membabitka­n Pasukan LV SK Tanjung Aru yang dianggotai seramai 10 orang.

Pasukan berkenaan berjaya menunjukka­n bakat yang berpotensi untuk diketengah­kan bagi membarisi atlet negeri pada masa hadapan.

Guru Besar SK Tanjung Aru Mohd Farihi Ab Halim berharap, kejayaan yang diraih itu menjadi membakar semangat juang guru dan murid-murid dengan memantapka­n usaha sama, perkuatkan azam untuk meraih kejayaan sama ada di bidang sukan serta kokurikulu­m juga akademik.

Katanya, kesungguha­n putera-puteri ini juga memberikan sinar baharu apabila mereka semua berjaya menamatkan larian dan memenangi Johan Berkumpula­n bagi Kategori Lelaki Sekolah Rendah serta Johan Berkumpula­n bagi Kategori Perempuan Sekolah Rendah.

“Ia juga bermakna pasukan ini menerima ganjaran yang besar iaitu dinobatkan sebagai juara keseluruha­n.

“Inilah satu-satunya piala yang menjadi sejarah pencapaian bagi 20 tahun penubuhan sekolah,” katanya di sini.

Beliau berkata, walaupun masih berada dalam situasi peralihan endemik akibat wabak COVID-19, pasukan yang dibentuk oleh Ketua Jurulatih Meliron Teo dibantu oleh Jurulatih Lelaki Hazeyzul Abdul Halim dan Jurulatih Perempuan Noorailing Voo memulakan latihan secara berperingk­at.

Menurutnya, modul latihan dibentuk oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m Irham Hamid dan Setiausaha Sukan Sekolah Syed Rafie Maksit.

Selain itu jelasnya, latihan yang dibuat turut dibantu oleh semua guru dan juga KSIB yang terdiri daripada ibu bapa dan keluarga yang berkemahir­an.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan Yusuf Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia