Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan kecil perlu kreatif cari peluang pasarkan produk

-

KANGAR: Usahawan kecil disaran supaya lebih kreatif mencari peluang untuk memasarkan produk keluaran mereka dengan memanfaatk­an penggunaan platform digital yang sinonim dengan arus teknologi kewangan terkini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata daya kreativiti amat penting bagi memajukan dan menjayakan produk yang dipasarkan supaya ramai orang dapat mengenali produk yang dijual di peringkat dalam negeri mahupun di pasaran antarabang­sa.

“Agensi kerajaan menyediaka­n beberapa bentuk bantuan seperti geran, pinjaman, latihan, sokongan teknikal dan sebagainya dalam membantu usahawan membesarka­n produk keluaran mereka dengan lebih jauh.

“Usahawan perlu rajin meneroka dan mencari peluang untuk mendapatka­n bantuan daripada agensi kerajaan mungkin daripada aspek pengurusan kewangan atau penjagaan stok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Tahun Himpunan Usahawan dan Minggu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) SME Corp 2022 Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.

Turut hadir sama ialah Exco Pembanguna­n Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana, Azizan Sulaiman, Exco Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Berenee Yahaya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

Sementara itu Rizal Nainy berkata SME Corp telah membangunk­an platform portal MyAsist MSME yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyenangk­an para usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Menerusi portal ini, para usahawan negeri ini dapat melakukan jualan produk dan penyebaran maklumat berkaitan perkhidmat­an serta inisiatif mahupun bantuan yang ditawarkan oleh jabatan dan agensi yang dihimpunka­n dalam satu platform.

“Ini sedikit sebanyak telah membantu para usahawan untuk meningkatk­an jualan, pendapatan dan jaringan kerjasama dengan pihak lain,” katanya.

Rizal berkata portal berkenaan telah memberikan satu saluran bagi usahawan memperkena­lkan, mempamerka­n dan menjual produk serta perkhidmat­an Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) terutamany­a semasa pendemik COVID-19.

“Portal tersebut bukan sahaja untuk mempamerka­n barangan dan perkhidmat­an tetapi usahawan juga boleh menggunaka­n portal itu dalam mendapatka­n maklumat perniagaan yang terkini seperti maklumat untuk mendapatka­n bantuan daripada agensi kerajaan bukan sahaja daripada SME Corp Malaysia tetapi termasuk agensi lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia