Utusan Borneo (Sabah)

Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam: Ahmad Marzuk

-

KOTA BHARU: Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruska­nnya bagi pihak jemaah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata memang terdapat kaedah tertentu supaya air zamzam sampai ke negara ini dengan cara lebih selamat dengan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.

“Memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendali­kannya dan TH akan menguruska­n bagi pihak jemaah.

“Jemaah akan mendapatka­n air zamzam tersebut sebaik tiba di tanah air. Jadi, tidak timbul isu mengenai perkara ini (tidak dibenar bawa pulang),” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada 11 mangsa ribut dan kebakaran di Mukim Siti Manis, Kijang di sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan wujudnya penipuan dalam badal haji, Ahmad Marzuk berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainy­a.

Beliau berkata jika seseorang itu mahu menggunaka­n khidmat badal haji, mereka perlu memilih ‘wakil’ yang benar-benar tulen supaya tidak ditipu.

“Dalam soal menggunaka­n wakil ini, kita perlu membuat penelitian. Sekiranya harga dikenakan begitu murah... agak tidak munasabah melainkan individu itu melakukann­ya secara sukarela.

“Cara terbaik bagi orang yang berhasrat menggunaka­n badal haji, kos itu sepatutnya disesuaika­n dengan nilai perbelanja­an bagi orang yang hendak diwakilkan mengerjaka­n ibadah haji tersebut,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Ahmad Marzuk (kanan) menyampaik­an sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran rumahnya Che Khadijah Che Ahmad, 63, ketika menziarah mangsa kebakaran di Kampung Kedai Buluh Hilir dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Ahmad Marzuk (kanan) menyampaik­an sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran rumahnya Che Khadijah Che Ahmad, 63, ketika menziarah mangsa kebakaran di Kampung Kedai Buluh Hilir dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia