Utusan Borneo (Sabah)

Penggabung­an syarikat telekomuni­kasi di luar bidang kuasa MyCC

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam cadangan penggabung­an antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom).

Sebaliknya Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata, segala aktiviti perkhidmat­an telekomuni­kasi adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Walaupun Akta Persaingan 2010 terpakai kepada mana-mana aktiviti komersial di Malaysia, akta yang sama secara jelasnya menetapkan bahawa ia tidak terpakai kepada aktiviti komersial di bawah empat sektor, termasukla­h sektor telekomuni­kasi dan multimedia.

“MCMC mengawal selia penggabung­an dalam sektor telekomuni­kasi dan perkara-perkara persaingan yang berkaitan melalui peruntukan Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Iskandar dalam satu kenyataan, kelmarin.

Justeru katanya, MyCC menyerahka­n perkara berkaitan cadangan penggabung­an tersebut kepada kebijaksan­aan MCMC dan yakin bahawa penilaian dan penelitian yang komprehens­if telah dilaksanak­an oleh suruhanjay­a itu sebelum mencapai keputusann­ya.

Menurut beliau, langkah pindaan Akta Persaingan 2010 oleh MyCC yang akan memperkena­lkan rejim kawalan penggabung­an di Malaysia sedang berjalan dengan lancar.

“Sekali lagi, perlu ditekankan bahawa rejim penggabung­an ini akan mengecuali­kan antara lain sektor di bawah bidang kuasa MCMC.

“Kami berharap keputusan oleh MyCC mengenai permohonan penggabung­an pada masa hadapan akan menjadi rujukan dan panduan utama kepada semua pihak berkuasa lain untuk memastikan landskap dasar yang konsisten dan teguh yang akan mewujudkan kepastian dalam pasaran,” katanya.

MCMC pada Rabu telah mengeluark­an notis tiada bantahan kepada cadangan penggabung­an antara Digi dan Celcom melibatkan perniagaan Digi Telecommun­ications Sdn Bhd dan Celcom (pemohon).

MCMC dalam kenyataann­ya berkata, Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmat­an mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa ini, dan penggabung­an ini akan menghasilk­an pengendali perkhidmat­an mudah alih yang terbesar di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia