Utusan Borneo (Sabah)

TABS B16 A juara kejohanan empat penjuru

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pasukan TABS B16 A menjuarai Kejohanan bola sepak empat penjuru pra-suparimau selepas mengutip tujuh mata menerusi dua kemenangan dan seri sekali di padang TABS SUKMA di sini pada Ahad.

Naib juara dimenangi pasukan TABS B14 A yang mendapat lima mata melalui satu kemanangan dan dua kali seri dalam kejohanan itu. Tempat ketiga dimenangi pasukan TABS B16 B yang mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan seri sekali manakala pasukan TABS B17 menduduki tempat keempat.

Kejohanan itu dianjurkan unit kejurulati­han TABS SAFA Bandaraya sebagai persiapan menghadapi Liga Suparimau yang berlangsun­g setiap hujung minggu.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim ketika ditemui selepas kejohanan itu, berkata, melalui kejohanan tersebut, pemain-pemain terbaik dapat dikenal pasti untuk diserapkan ke dalam pasukan elit bawah 17 tahun TABS.

Katanya, pasukan itu akan terus diberi bimbingan melalui kolaborasi TABS dengan kelab profesiona­l, Sabah FC selain pasukan elit bawah 12 tahun.

“TABS akan membentuk pasukan terbaik untuk kedua-dua pasukan berkenaan dengan memilih pemainpema­in yang berbakat,” katanya.

Lokman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan SAFA mengucapka­n penghargaa­n kepada unit kejurulati­han yang diketuai jurulatih Matasan Ahmad dan penolongny­a Roslan Wasli atas insiatif menganjurk­an kejohanan itu bagi memudahkan pemilihan pemain-pemain terbaik dan berbakat.

Beliau kemudian menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada kejohanan itu.

Turut hadir Setiausaha SAFA Bandaraya, Juraidah Datuk Abdul Rahim; Naib

Ketua UMNO Papar, Hasrul Awang Tuah; Naib pengerusi TABS, S.A Ramlye; Setiausaha TABS, Amsir Abdullah; Ketua jurulatih, Matasan Ahmad dan penolongny­a Roslan Wasli.

 ?? ?? SYABAS: Lokman menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan TABS B16 A bersama rakan-rakan sepasukann­ya.
SYABAS: Lokman menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan TABS B16 A bersama rakan-rakan sepasukann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia