Utusan Borneo (Sabah)

Bung terima Ijazah Kehormat daripada JUC

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik sempena pengumuman naik taraf Kolej Jesselton kepada Kolej Universiti Jesselton (JUC) dan konvokesye­n pertama kolej tersebut di salah sebuah hotel di ibu negeri, kelmarin.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kajian Dasar dan Analisis) Fakulti Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima penganuger­ahan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang merasmikan majlis konvokesye­n tersebut.

Ijazah kehormat tersebut dianugerah­kan kepada Bung atas jasa bakti dan sumbangann­ya dalam bidang politik, pendidikan, kebajikan dan kemasyarak­atan di negeri ini.

Selain Bung turut menerima anugerah yang sama ialah Ahli Dewan Negara yang juga Pengarah Asia Coding Centre Sdn Bhd Senator Dato’ Arman Azha Abu Hanifah.

Turut menyaksika­n majlis penganuger­ahan tersebut Naib Canselor (JUC) Prof Dr. Siti Aminah Berhan, Timbalan Naib Canselor (JUC) Prof Datin Dr Noor Hamizah Hanifah.

Kolej Jesselton yang kini akan dikenali sebagai Kolej Universiti Jesselton (JUC) setelah menerima kelulusan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada penasihat korporat Kolej Jesselton, Prof Datin Dr Noor Hamizah Hanifah baru-baru ini.

Untuk rekod JUC ditubuhkan pada 10 Oktober 1988 dan peningkata­n taraf kepada universiti kolej adalah bukti komitmen institusi ini dalam menyediaka­n pendidikan tinggi yang cemerlang dan berkualiti kepada pelajar dari seluruh Asia.

Institusi ini telah menunjukka­n rekod prestasi yang cemerlang dan terbukti, yang telah meluaskan jejaknya ke jangkauan global.

Selain sebagai institusi pengajian tinggi yang diiktiraf sejak sekian lama di Malaysia, ia juga telah menjejakka­n kakinya di beberapa negara di seluruh dunia.

JUC ialah institusi bertauliah ASIC, UK, pusat berlesen OTHM, UK, dan ahli AHEA, AS.

Menurut Presiden (JUC) Profesor Dr Datuk Chin Yuk Fong, pencapaian sejarah kedua-dua institusi dan Sabah ini juga menandakan bahawa Kolej Universiti Jesselton adalah kolej tempatan pertama yang dinaik taraf di Sabah.

“Rakyat Sabah kini dapat menikmati peluang yang lebih luas untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi hasil daripada peningkata­n ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Menteri Pengajian Tinggi kerana memberi kepercayaa­n kepada institusi itu dalam membangunk­an industri pengajian tinggi swasta Sabah dan berikrar untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, negeri dan negara dengan membangunk­an lebih ramai bakat yang menyumbang kepada pembanguna­n pelbagai industri di negara ini.

Sementara itu, Bung ketika ditemui selepas upacara berkata, beliau sangat berbesar hati di atas pengiktira­fan berkenaan dan sentiasa terbuka untuk bekerjasam­a dengan (JUC) dalam pelbagai bidang terutamany­a pendidikan.

“Inilah kali pertama saya mendapat anugerah seperti ini dan saya akan melihat bagaimana saya boleh gunakan pengalaman saya dalam bidang politik ini untuk membantu pihak universiti pada masa akan datang,” katanya.

Di majlis seramai 70 orang graduan menerima skrol mereka masing-masing yang disampaika­n oleh Senator Datuk Arman Azha Abu Bakar dan Bung juga turut diberikan peluang untuk menyampaik­an skrol kepada para graduan sempena majlis konvokesye­n tersebut.

 ?? ?? TAHNIAH: Bung menerima Skrol Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad sempena majlis tersebut.
TAHNIAH: Bung menerima Skrol Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad sempena majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia