Utusan Borneo (Sabah)

DADAH RM1.76 JUTA DIRAMPAS

Rampasan dadah terbesar dilakukan oleh Zon Maritim Tawau setakat ini

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya merampas 32 kilogram dadah jenis syabu yang dianggarka­n bernilai RM1.76 juta di perairan Inderasaba­h, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata rampasan tersebut dilakukan kira-kira jam 11.10 malam.

Katanya, anggota Zon Maritim Tawau yang menjalanka­n rondaan Ops Sejahtera mengesan pergerakan sebuah bot laju dalam keadaan mecurigaka­n di lokasi kejadian.

“Semasa dihampiri, bot terbabit bertindak memecut laju cuba melarikan diri menuju ke arah muara Sungai Inderasaba­h.

“Semasa kejadian kejar buru, juragan dan kru bot dilihat bertindak membuang satu bungkusan ke laut yang tidak dapat dipastikan berikutan keadaan gelap,” katanya ketika sidang media, di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek berjaya meloloskan diri ke kawasan paya bakau dan perairan cetek Inderasaba­h.

Shahrizan berkata pencarian di lokasi bungkusan tersebut dibuang berhasil menemukan sebuah beg dalam keadaan terapung.

“Pemeriksaa­n ke atas kandungan beg tersebut menemukan sebanyak 32 bungkus teh Cina yang mengandung­i hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarka­n satu kilogram setiap bungkusan.

“Semua hasil rampasan kemudianny­a dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Tawau untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Katanya, nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM1.76 juta dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Shahrizan berkata rampasan dadah ini adalah yang terbesar dilakukan oleh Zon Maritim Tawau setakat ini.

“Kita percaya semua dadah yang dirampas ini cuba dihantar dan dipasarkan ke negara jiran berdasarka­n pergerakan bot berkenaan menuju ke sempadan negara,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Shahrizan (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu yang berjaya dirampas.
RAMPAS: Shahrizan (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia