Utusan Borneo (Sabah)

Skim insurans dan takaful agromakana­n sedang dimuktamad­kan, kata Ronald

-

PUTRAJAYA: Pelaksanaa­n skim insurans dan takaful agromakana­n yang buat permulaan akan memberi perlindung­an kepada pesawah susulan tanaman mereka rosak akibat bencana alam atau penyakit, kini di fasa akhir untuk dimuktamad­kan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata skim insurans dan takaful itu sedang diperincik­an antaranya oleh Agrobank yang menerajui usaha membangunk­an skim itu, Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara termasuk perkara berkaitan kadar premium dan jenis perlindung­an sebelum ia dilancarka­n.

“Skim perlindung­an insurans dan takaful ini akan bermula dengan penanaman padi dan akan diperluask­an kepada kumpulan pertanian dan tanaman lain,” katanya kepada media selepas melancarka­n Simposium Kejurutera­an Pertanian 2022 di sini semalam.

Ronald pada 10 Feb lepas mengumumka­n mengenai skim insurans dan takaful agromakana­n itu yang antaranya untuk memberi perlindung­an pendapatan kepada pesawah yang tanaman mereka rosak akibat bencana alam atau penyakit.

“Kita merupakan antara negara yang masih tidak ada skim insurans. Kita mahu melihat insurans pertanian dapat diwujudkan di negara ini,” katanya menambah kerajaan membelanja­kan lebih RM80 juta setahun untuk menampung kerugian dihadapi petani antaranya akibat bencana alam.

Mengenai persediaan sektor pertanian menghadapi musim kemarau, Ronald berkata pihaknya akan mengambil beberapa langkah dan tindakan secara bersama dengan pelbagai kementeria­n bagi memastikan ia tidak menjejaska­n sektor agromakana­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia